Rabu, 23 September 2009

Jumaat, 7 Ogos 2009

Musim Bermula

Salam,
Musim bola sepak negara kita eh negara british akan bermula tak lama lagi. Nampaknya encik Furgeson dah start main melemahkan pasukan lawan dengan hujah hujahnya yang cukup selenge. Mana tak marah encik Benitez di katakan tiada harapan untuk memenangi liga. Encik Furgeson tu perlu diselenggara otaknya. Bloody Bastard!

Untuk Chelsea tahun ini akan menjadi lebih menarik. Tunggu dan lihat. Buat Liga Malaysia format akan bertukar, ia menjadi satu kepastian setiap kali musim baru liga super atau liga premier nak start format akan di ubah. Perasan tak aku tak taip pasal Arsenal. Hah kesian tengok Arsenal tapi kat London tu memang Arsenal tu tak kuat. pedulikannya.

sekian,
jaga diri baik baik.

Khamis, 9 Julai 2009

Pakar

Salam,

Ada sebuah cerita tentang seorang mamat yang berpangkat lawyer pergi ke Amerika untuk bercuti. Tibanya di Amerika beliau membuat lawatan dengan tekun dan berdedikasi. Selepas 3 hari di sana beliau di serang demam. Demam yang panas, beliau di wad. Beliau pemegang insurans besar (mahal la).

Doktor meneliti demamnya, doktor risau kesihatannya lalu menjemput doktor pakar seramai 6 orang untuk melihat keadaannya. Bermacam uji kaji doktor pakar jalankan keatasnya dan seorang pun tidak mengetahui sebab demam panas ini. Dengan selamba si lawyer berkata

"i got dengue just give me 100 plus to drink and put a drip for me".

Doktor pakar pun membuat uji kaji nya sah la beliau mengidap denggi. Doktor semua pelik dengan kehebatan lawyer berikut. Sia sia je bayar insurance mahal mahal. Rakyat Malaysia memang pakar kalau kena mengena dengan denggi.

hehe.

Jumaat, 3 Julai 2009

Hari Jumaat

Salam,

Hari ini hari jumaat, pepagi lagi aku dah teringat kenangan lama di sekolah separa banduan. Pada hari jumaat adalah hari yang ditunggu untuk pelajar di sekolah separa banduan ini kerana Hari Jumaat adalah hari untuk balik kampung dan jika tidak di benarkan balik kampung hari jumaat lah hari mengisi stok.

Pelajar sekolah ini menunaikan solat Jumaat di masjid ketari dengan menaiki bas sekolah yang sama standart bas Lin Siong yang buruknya boleh dipetik dari perbincangan pakcik pakcik naik bas "Bas ni dah tua dari sebelum merdeka sampai tahun 1998 masih pakai lagi."

Time Solat Jumaat semua pelajar akan berebut untuk naik bas yang pertama di mana kalau naik bas tu gaya orang merusuh di siram air. Pelajar berebut untuk cepat kerana ingin pergi ke kedai rokok untuk membeli rokok untuk minggu depan, tengok betapa business mindednya banduan banduan ni. oh jangan lupa ada yang medapatkan stok ganja sekali.

Buat aku, berebut ini memenatkan aku akan tunggu bas tu lengang dan akan naik sampai kat area masjid ketari tu baru beli rokok dalam sekotak lima. Yang turun awal tu beli rokok sekaton empat sebab tu kena cepat.

Untuk tidak di tahan oleh guru semasa balik, pelajar akan naik bas pertama, sebab kalau naik bas pertama ni tidak akan di spot check, lagi sekali seperti rusuhan menaiki bas. Ada seorang kawan aku nak cepat untuk naik bas pertama, dia akan sediakan selipar dekat dengan dia kat belakang supaya cepat sikit naik bas.

Tetapi malang memang tak berbau kalau boleh bau dah lama selamat, siap je sembahyang jumaat sampai je kat bas sekali cikgu pun dah sampai kat situ, terus terkejut dan terus buat checking badan dan ya dia kantoi rokok sekaton simpan dalam sampin warna maroon. Terus di tampar mukanya para pelajar lain yang melihat kejadian tadi terus menyorokan rokok mereka di celah celah semak dan terus naik bas.

Ramai la yang menyorokan rokok di dalam semak, pelajar yang bergasak dan berebut naik bas terus pandai beratur macam banduan. Aku relaks, tunggu lengang dua tiga trip baru aku beratur, slow slow pegi tepi semak, banyak rokok, rokok ni akan di ambil petang nanti budak akan panjat pagar dan ambil.

Tiba tiba rasa macam peluang, terus sekaton aku ambik, isap rokok free aku seminggu. Itu kita panggil rezeki, dan minggu tu cikgu tadi tak gi sembahyang Jumaat.

Haha.

Selasa, 30 Jun 2009

Apa la sangat Amerika tu

Salam,

Boleh ke USA nak cuba kalahkan Brazil? Tak tau ke diaorang Brazil tu mempunyai permainan bolasepak samba yang mengiurkan. Walaupun berjaya menumpaskan Spain, brazil nak kalah final tidak mungkin.

Lebih lebih skang USA bahye kalau diaorang menang nanti satu dunia dah kena panggil soccer bukan football, mahu ke kamu? USA patut kekalkan bermain basketball itu je, untuk bolasepak jangan kasik mereka, hina nanti bolasepak.

Ada cita cita nak menang lawan brazil, geli aku. Dengar cite Malaysia intai nak masuk group Oceania supaya boleh qualify final world cup? wajarkah? rasa aku simpan je la main la group asia tu.

kalau kite terapkan perpaduan boleh berjaya, hahaha kata 1Malaysia.

Khamis, 25 Jun 2009

Peribahasa

Salam,

Kehidupan manusia ini penuh pancaroba. Sebab tu orang zaman zaman dulu cipta peribahasa untuk tunjukan atau gambarkan kesusahan, kegembiraan, kesedihan dan pelbagai lagi perasaan. Aku ada satu peribahasa mat salleh, di ceduk dari sebuah filem berbunyi:

"Even shit don't come easily, you have to put some time and effort in it."

Hah itu peribahasanya kalau di translatekan kepada bahasa melayu berbunyi.

"Taik pun tak keluar dengan senang, anda perlu beri masa dan usaha untuk keluarkan."

Peribahasa ini sesuai dalam situasi di mana kawan anda nak bersenang senang dan malas. Terus kasik ini peribahasa, memang terbaik. Selamat mencuba.

Aku penah cuba ini peribahasa dalam mesyuarat syarikat, berjaya.

Selasa, 16 Jun 2009

Alat hebat

Salam

Semalam jumpa kawan lama zaman sekolah separa banduan. Kawan lama tak jumpa hampir 10 tahun tak jumpa. Banyak cerita dikongsi. Kenangan pahit manis diceritakan. Terimbas kembali kenangan di waktu muda. Namun begitu bila berjumpa kawan lama ni anggapan perangai buruk kawan hilang terpesong sama sekali. Perangai lama tidak berubah. Ada cukup menyakitkan hati. Apa yang aku maksudkan adalah perangai suka menunjuk nunjuk dan membezakan harta di dunia.

Ada yang menunjukan handphone canggih yang boleh call alam kubur, ada yang menceritakan kereta moden laju, hebat boleh terbang ke langit. Ada yang membawa laptop kecil molek, laju mahal. Ya aku pun tak paham motif bawa laptop tu. Macam macam lagi gadget dan peralatan canggih dan mahal di ceritakan, aku hanya lihat dan cuba mengubah topik. Dalam kekalutan menceritakan alat mahal, mereka pandang aku dan tunggu apa alat canggih yang aku ada, dengan tenang aku jawab "Aku ada facebook".

ah, kita dah besar la wey nak menunjuk ni, cukup cukup la tu.

Jumaat, 12 Jun 2009

Bye bye

Salam,

Hari ni ada dua ucapan selamat jalan yang nak diutarakan.

1. Ronaldo - damai la anda di Real Madrid, hahahahahah kesian.
2. Texas Holdem Poker Online - Cilakak dah aku dah kena banned dalam itu game, dan ramai gak kena rasanya. Gampang game tu takut dengan skill permainan daun geng kedai amid!

Sedikit sedih dalam hati la kena ban dalam game tu, dan gembire ronaldo di jual, hahaha tak yah tengok muka berlagak tu lagi.

Puas tapi sedih.

Selasa, 9 Jun 2009

kekuatan

Salam,

Dimanakah kekuatan geng kedai amid? Di nama nya ka? Di pendidikan nya ka? Di peribadinya ka?

Pada aku kekuatan geng kedai amid terletak di permainan daun. Setiap ahli geng kedai amid mengetahui bermain daun atau pakau. Nak nak main dua atau "ti". Dari pelbagai latar belakang dan pendirian politik yang pasti semua reti dan pakar dalam bidang permainan daun.

Dengan ini perpaduan boleh diterapkan. Berbalah tentang politik tapi masih berlaga bahu bermain daun. Aku rasa ini adalah salah satu konsep one Malaysia. Geng kedai amid melangkah setapak lagi dengan Texas Holdem Poker online melalui facebook dan tagged. Pencapaian ahli tidak mengecewakan.

Jom Pakau demeh.

Isnin, 8 Jun 2009

David Santon

Salam,

Dalam sukan bolasepak italy tak penah kering defender hebat, ni salah satunya. Berumur 18 tahun main untuk kelab Inter Milan. Ronaldo Man Utd dah rasa bagaimana di tackle Santon ni. Buat Santon, Ronaldo ni lembik.



Ulasan Morinho,
"Santon adalah fenomena. Semua yang dibutuhkan, ada padanya. Dia sudah menunjukan kesabaran. Tiga atau empat tahun lalu, saat pertandingan melawan Panathinaikos atau Werder Bremen, saya berkata padanya satu saat ia pasti bermain," jelas Mourinho.

Morinho baru belajar bahasa Indonesia. haha.

Jumaat, 5 Jun 2009

Rambut

Salam,

Rambut amat la penting untuk individu di dalam dunia ini. Terutama perempuan. Pernah bakar rambut?

Pagi pagi buta belum lagi sarapan aku telah dikejutkan oleh seorang pelajar. Seorag plajar perempuan yang datang dan menangis nangis.
Aku : "Kenapa ni?" tanya aku.
Mangsa : "Rambut saya kena bakar sir".
Aku : "la siapa bakar?".
Mangsa : "budak chef pempuan".
Aku : "Awak tak terajang atau penampo ke budak tu?".
Mangsa : "Tak sir".
Aku : "Takkan awak biar je?".
Mangsa : "Saya tak perasan tiba tiba bau hangit pastu tengok rambut saya terbakar.
Cepat cepat saya padamkan, tengok sir saya dah potong rambut saya."
Aku : Awak bergaduh ke dengan budak tu?".
Mangsa : "Tak sir"
Aku : "Dah tu?"
Mangsa : "Dia kata main-main je sir"
Aku : "Oh ya ke?, takpe masuk kelas dulu, rambut tu boleh tumbuh balik."
Mangsa : "Ok sir."

Nasib baik pelajar selamba, tidak mengadakan isu. Oh ya dia pun malas nak report pasal pelajar yang membakar rambut tu sebab minggu lepas budak tu kena rasuk hantu.

ps: haha.

Selasa, 2 Jun 2009

Welcome

Salam,

Thank You Mr. Hiddink and welcome Mr Ancelotti.
Bring the tenacity of Italian football...



We welcome you lets kick some France, Spanish and Scots arse!!!

Jumaat, 29 Mei 2009

Kelam Kabut

Salam,

Sawan babi, satu penyakit yang aku takut. Takut dihadapi dan takut mengadap. Mari berkongsi cerita. Sebagai seorang pengajar ni antara cabaran di hadapi adalah melayan kerenah pelajar. Macam macam kerenah, perangai remaja la katakan asyik nak "rebel" je bak kata pepatah yang di petik dari album kid rock, "Rebel Without a cause".

Aku mengajar seperti biasa penuh perhatian semua memberi tumpuan. Semua yang nak rebel telah dijinakkan. Nak rebel je aku block. So semua dalam keadaan khayal dengan pengajaran aku atau tengah mengelamun, takpe biarkan janji jangan nak rebel. Tengah asyik mengajar, tiba tiba seorang pelajar rebah.

Gedegang! Aku gegas pergi aku tengok budak tu dah menggelupor, cramp satu badan sambil kepala hentak kat lantai dengan kuat, aku tenang je, ya aku tipu, aku panik budak tu makin kuat lonjakannya. AKu panggil perutusan pengajar lain. Pakat pegang ramai ramai tidak penah aku nak tau handle budak camni.

Tangan kaki kepala semua di pegang erat, takut dia mencederakan diri, buih keluar dari mulutnya dari tisu bertukar pada kain untuk mengelap air liurnya, aku di bahagian kaki, pegang dengan erat meluruskan kakinya. Dalam kekalutan itu ada la idea idea bernas lagi haram dikeluarkan, contohnya, kasi gigit garpu la, suruh dia gengam botol air la, dan ada juga kata biarkan je dia.

Hah aku mengambil keputusan untuk biarkan dia luruskan badan kaki tangan kepala jangan kasik terhentak. Lepas dalam 15 minit berakhir la serangan. Kami dudukan dia di atas kerusi. Masa serangan berlaku pihak pejabat dah menelefon bapanya, dan dia dalam perjalanan.

Bapa si pelajar sampai, dan lihat anaknya terus tanya kabar ok ke tak. Then dia pusing kat aku sama kru penyelamat kecemasan dan kata, "Oh it's just a small matters only, if he be like this again, let him be, after awhile he will stop". Aku pandang rakan lain pelik pun ada. Kami panggil masuk bilik mesyuarat dan mula la kami menasihati bapak student tadi.

Bapaknya tak melaporkan pun masalah anaknya sebelum ini, muka bapaknya selamba macam anak dia sakit hidung tersumbat. Orang kat sini dah panik. Selepas perbincangan si bapa pun meminta maaf dan pelajar itu balik dan kesokan harinya pelajar itu masuk kelas seperti biasa. Sambil membincangkan hal pelajar berikut, aku start google penyakit sawan babi ni.

Katanya, kalau handle orang seperti ini pastikan tidak terkena air liur pesakit kerana penyakit ini boleh merebak dari air liurnya. Aku teringat terus pandang member aku, member aku terus tengok tangan dia, pandang muka aku, berlalu pergi sebelum keluar bilik dia berkata, "gampang!".

Aku tadi handle bahagian kaki, dia bahagian mulut.

haha.

Khamis, 28 Mei 2009

Rasakan

Salam,

Semalam Man u kalah berguling, padan dengan mukanya. Baru korang tau lawan barcelona tu susah. Nah rasakan, hahahahaha.

Menyamakan ronaldo dengan lionel messi serupa menyamakan si luncai dan hang tuah.

haha.

Isnin, 25 Mei 2009

Kutu

Salam,

Kutu memang sinonim dalam kehidupan rakyat Malaysia ni, mungkin kerana budaya dan cuaca tercipta la kutu. BUkan kutu manusia tu, ini tentang kutu haiwan, yang selalu ada atas kepala dan menggatalkan kepala.

Seingat aku ancaman kutu ini berakhir apabila sudah mencecah umur 13 tahun iaitu tamat sekolah rendah. Nampaknya tanggapan aku melesit sama sekali. Pagi isnin yang mulia ini aku telah menerima satu laporan bahawanya salah sorang pelajar aku menternak kutu.

Tidak membuang masa lagi aku pun dengan perlahan melihat sarang kutu itu, ya memang sah penuh terlur telur kutu di atas kepala, aku tak nampak lak kutunya, secara tidak langsung kepala aku rasa gatal. Aku berpaling kepada kawan sebelah aku dan bertanya,
"Kutu boleh lompat berapa jauh?" Dengan tenang dia jawab, "Dalam sekaki dua, kenapa? Aku cakap dengan perlahan, "Tu sarang kutu". Kawan aku nak kepastian pergi dekat pada si penternak kutu. Dengan teliti dia menengok sarang itu, tiba tiba dia berkata dengan kadar suara yang tinggi. "Betul la banyak gile telur kutu, siap boleh nampak kutunya.


Budak pembawa kutu kemaluan, aku tepuk dahi, cukup bodoh member aku ni. Sekarang ni budak perempuan tu tengah menangis, petang ni aku akan dipanggil boss, apa aku nak jawap? Kepala dia memang ada kutu boss. Itu yang aku akan jawap. Ini semua salah kawan.

gampang.

Rabu, 20 Mei 2009

Tinggal

Salam,
Pernah dengar pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama.

Tapi bile aku terpikir duduk dalam kelas ni, menengok student pergi makan, bila dah clear bilik, dengan suasana cuaca air cond yang sepoi sepoi bahasa tiup, aku tarik nafas dan berkata dalam hati, manusia tinggalkan bau sebelum meninggalkan tempat.

Cilaka, aku nak usulkan kempen memakai deodorant untuk pelajar pelajar ni.

gampang.

Isnin, 18 Mei 2009

Hari Guru

Salam,

Hari guru pada sabtu hari tu di sambut dengan secara sederhana je dekat tempat aku. Makan makan dan tiada hadiah. Aku tak menunggu pun hadiah apatah lagi ucapan. Tapi pagi tadi hari isnin ni aku dapat hadiah. Wah terkejut gak la, dengan berdebar aku bukak hadiah tu. Sekali dapat seterika la, yang siap ada tanda harga.

Pelik tapi benar ada ke patut bagi seterika, adakah baju aku nampak sangat berkedut, dan harganya rm 29.90. Adakah ini perli atau kejujuran. Takpe semua hadiah aku terima. Cuma terpaksa diajar pasal pemberian hadiah dimana kalau kasik hadiah tu perlu la sesuai dengan tema. Sorok atau buang tanda harga.

Tapi aku dengar ade sekolah PIBG dia kasik Laptop sorang satu untuk cikgunya, time ni nak letak tanda harga besar besar pun tak apa. Em.. betul2 menghargai gurunya.

haha.

Jumaat, 15 Mei 2009

Soalan dan Jawapan

Salam,

Pernah tak anda menghadapi masalah orang menjawab soalan dengan tidak tepat dan tak masuk akal langsung. Ini yang dihadapi aku setiap hari. Apabila ditanya soalan mesti jawapannya tidak kena mengena dengan soalan yang ditanya dan harap untuk orang yang bertanya paham dengan jawapan yang diberi.

Ini masalah remaja sekarang lain di tanya lain di jawap. Contoh: "Kenapa Lambat?" soalan yang amat biasa di tanya. biasa jawapan normalnya, tertinggal bas, motor pancit, terbangun lambat atau kucing saya beranak. Tapi kadang kadang jawapan yang di beri tak kena langsung.

Antara contoh: "kenapa lambat?". jawapannya "Saya lapar la". Dengan harapan org yang bertanya faham kenapa dia lambat. Soalan seterusnya, "Dah makan belum" jawapannya ringkas, "belum". SO macam mana ni apa jawapan tepat untuk soalan pertama? kalau di tulis balik ini la jawapannya. Saya datang lambat kerana saya lapar tetapi saya belum makan.

So macam mana tu? Penuh dilema itu la masalah remaja malaysia. Pelik tapi benar. Apa salah dia jawap dengan tepat tanpa membuang masa, tetapi tak, bukan lambat sebab pergi makan, cuma tiada jawapan. Tapi kasik satu sengkeh atau penampo boleh baiki ini masalah, tak percaya cuba la.

haha.

Rabu, 13 Mei 2009

KPI

Salam,
KPI atau key performance indicator adalah satu kaedah untuk menilai pekerja dalam satu agensi. Cuma baru baru ni la popular kerana kerajaan pun mahu menjalankan KPI ke atas menterinya. Buat aku ini benda kacang je, kalau buat kerja dengan betul, tiada masalah KPI tu macam isi borang nak bayar bil astro.

Semalam temujanji ku dengan Jabatan Sumber Manusia untuk KPI. Kebetulan ada PC rosak dalam biliknya, aku masuk bilik akak sumber manusia dan amat terperanjat menemui akak sumber manusia tengah tido. Nyenyak sekali, walaupun aku batuk atau menutup pintu dia masih tido. Aku bertenang, hasutan syaitan masuk, aku kuarkan telefon separa canggih aku aku angkat satu gambar.

Aku teruskan dengan memeriksa komputer, dekat 5 minit dah ni akak sumber manusia tak bangun lagi. Syaitan masuk lagi, satu gambar lagi aku angkat. Dalam hati berkata, hahaha lepas ni akak sumber manusia mesti tidak mengganggu waktu tido aku lagi. Aku berlalu pergi tinggalkan akak sumber manusia dengan tido nya.

Keluar je pintu masuk bilik aku, terus aku periksa telefon canggih itu, memang sial telefon canggih aku ni memang dah tak boleh ambik gambar, baru aku ingat semalam aku cellotape bahagian kameranya, habis gambar hebat aku, gambar yang susah nak dapat. Sial. Aku tak berpuas hati, aku perlu ambik juga gambar tu, sanggup aku pinjam kamera member aku siap test lagi, memang berfungsi.

Aku mengorak langkah, kamera di tangan, kaki laju je berjalan, kali ni memang nak ambik gambar, berdiri je depan pintu akak sumber manusia dah bangun, chait terlepas aku. Aku ketuk pintu minta masuk, dia terus tanya " Ya Shafik ada apa hal?", cover line punya pasal, " Puan saya punya interview KPI hari ni kan?". dengan tenang aku menjawab. Dia kata, " Oh saya namapak shafik sibuk so kita pospone la ya". Aku sambung, " oh ya ke, tadi saya masuk tengok puan tengah tido, saya tak nak kacau". Akak sumber manusia membisu, dia kata lagi, "kita buat hari lain la, kita postpone dulu. Aku berlalu pergi, senyum lebar, walapun tidak dapat gambar tapi akak sumber manusia sudah ditangkap oleh aku.

ps: akak tu tak sesuai kerje human resource, mungkin KPI aku tak perlu buat untuk bulan ni.

haha.

Selasa, 12 Mei 2009

Nasihat Percuma

Salam,
Kalau anda memerlukan nasihat percuma, jangan takut lagi gusar mudah je nak dapat. Nasihat ini boleh di dapati dari sekitar kuala lumpur dengan sedikit bayaran sahaja. Kebiasaannya anda tidak perlu minta nasihat, ia akan di beri secara free walaupun anda tidak memerlukan. Pergi ke satu tempat yang bernama taxi stand, tahan satu teksi dan masuk, dengan secara rasmi anda akan dinasihati.

Pemandu Teksi:"Mane dik?"
Aku:"Sri Gombak bang"

Masuk je teksi dengan secara autmatik pemandu teksi tu memulakan percakapan, belum sempat masuk gear satu lagi.

Pemandu Teksi: "Nizar MB Perak"
Aku:"mmm"
Pemandu teksi: "Abang dah agak dah, diorang tak boleh buat sesuka hati, kebenaran tu akan dibuktikan, doa orang dianiya ini akan di makbulkan."
Aku "Emm"

Masuk gear satu, jalan. Tak sampai 100 meter jalan abang tu membuka mulut.

Pemandu teksi: "Tu la dia kalau dah gile kuasa tu semua benda sanggup buat, tapi kebenaran telah ditegakan, kita perlu percayakan sistem kehakiman kita"
Aku: "Emm"

Traffic Light, celaka time time ni la nak merah.

Pemandu teksi: "Menipu ni tak ke mana, percayalah"
Aku: "em betul tu, panas hari ni yerk abang" Cuba menukar topik.
Pemandu teksi: "Tu la dia, diorang punya sebab la ni, habis semua bukit potong semua buat bangunan, panas KL ni di buatnya"

Sah pakcik ni meroyan sebab cuaca makin panas, kesian cuaca panas pun salah kan orang.

ps: Aku sampai ke pejabat sedikit lambat, mungkin sebab panas.

hehe.

Khamis, 7 Mei 2009

Lilin

Salam,
Kata orang cikgu ni bagai lilin membakar diri. Aku dah ngajar dekat 5 tahun tapi haram tak paham apa maksudnya. Pada aku ungkapan sesuai adalah cikgu hampiri sakit jantung. Akibat kesabaran yang perlu ditunjukan. Memanjang nak kena sabar tak boleh mencarut, tak boleh memukul pelajar, akibatnya jantung yang tanggung.

Sempena hari guru yang berhampiran ni, aku betul2 berharap pelajar aku kasik duit yang banyak dan harta yang banyak at least belanja la cikgu ni makan. Sesungguhnya aku bukan cikgu yang membakar diri sendiri patut pelajar yang bakar diri sendiri untuk cikgu.

Sekian.

Selasa, 28 April 2009

Belia

Salam,
Aiseh ada gaji bulanan belia, wah kaya tu. Tak apa la kasik je la kat ketua belia gaji bulanan tu. Tapi harap ada la aktiviti yang menarik hati dan syok untuk di sertai. Jangan diam diam duduk je.

Sebut pasal belia ni, sapa agak agak calon belia terhebat kat cheneras jaya skang? Aku duk fikir punya lama la. Hero remaja kita tahu siapa tak lain dan tak bukan Yus, dia boleh bersilat dan mengangkat kerusi menggunakan satu tangan apabila kehadiran awek di sebelah rumah - tanpa baju.

Kalau contoh belia ni susah sikit. Agak agak deme sape? Pada firasat kaweh belia perlu menyediakan anugerah khas .Dengan beberapa kategori yang disediakan. contoh anugerah:

1. Anugerah Belia Harapan
2. Anugerah Belia Macho
3. Anugerah Belia Maju
4. Anugerah Belia Hadhari
5. Anugerah Belia Harakah
6. Anugerah Belia Pau Rokok Paling Banyak.
7. Anugerah Belia Kejar Duit.

Kita buat malam menganugerahi belia cheneras jaya la siap dengan makanan - barbeque dan mee kari sama kueh kueh dan jan jan. Diselangi dengan pertandingan karaoke. Memang best.

PS: Amcam Boleh ka?

hehe

Khamis, 23 April 2009

Mulia

Salam,

"Kita mesti la menjadi insan yang mulia. Tak kira macam mana cara pun kita mesti jadi orang yang mulia."

"Macam Atromen ye sir"

Memang benar katomu. bijak. Makhluk suci lagi mulia.

ps: banyak sangat pengaruh tidak mulia.

Isnin, 20 April 2009

Tujuan

Salam,
"Apa tujuan anda datang ke sini?"
Soalan pertama aku tanya kalau dapat muka baru kat sini. Apa tujuan ambil jurusan ini.

Ramai yang tak tau tujuannya. Datang kerana kena paksa. Datang kerana kawan. Datang kerana ibubapa. Datang kerana motor.

Hilang tujuan tak tau nak apa. Saya ingat kalau ambil kursus ni saya nak jadi arkitek.

Minta maaf, kursus sini takde ajar akitek. "Sebenarnya saya datang sebab mak saya yang suruh, kata dia kalau masuk belajar dapat motor." Patut la orang buat cite bohsia.

palat.

Puan A:"Tolong la encik, saya dah tak boleh dah nak kawal dia, cikgu nasihat la dia".
Selang 2 bulan.
Encik A:"Anak puan dah lama tak datang kelas, dah 1 minggu tak datang kelas".
Puan A:"Saya tau, saya sangka tempat ni boleh ubah anak saya, tapi tak boleh, rugi je bayar mahal mahal. Sekarang ni dia kerja".
Encik A:"Oh, jadi anak puan berhenti la ni?
Puan A:"Mungkin kut saya pun tak pasti."
Encik A:"Ha? tak pasti, apa ni?
Puan A:"Dia dah lama tak balik rumah."
Encik A:"Mana dia pergi?"
Puan A:"Saya tak tau dia sebuk dengan motor nya".
Encik A:"Em gitu, puan dah report polis?"
Puan A:"Buat apa?"
Encik A:"Report anak hilang."
Terus Senyap.
Encik A:"Puan datang office kita bincang"
Puan A:"Saya sebuk."
Encik A:"Datang Malam pun boleh, saya tunggu."
Puan A:"Mungkin tak sempat kut, penat la."
Encik A:"Bile puan free? kita set appoinment hari ahad pun boleh office buka."
Puan A:"Rasanya tak perlu la saya jumpa encik, encik pun tahu ape nak buatkan. Ini semua pun sebab ajaran encik, encik yang mendidik dia."
Encik A:"OK la puan saya kire anak puan ni berhenti la, saya pun tak terima dah dia."
Puan A:"Macam ni ke caranya, saya bayar mahal tau, saya aspect dia belajar dan berubah menjadi orang yang lebih baik, ini tak di biarkan macam tu je."
Encik A:"Saya rasa puan patut jumpa bomoh la untuk anak puan ni, mungkin lebih mujarab."
Puan A:"Jangan kurang ajar ye."
Encik A:"Tak puan, cadangan je."

Pundek, tu la aku kata tujuan tu, memanjang menyimpang.

ps: kisah benar ni.

Sabtu, 18 April 2009

Pak Guard dan aku

Salam,
Hari Jumaat yang lepas aku ingin memasukan cek ke dalam maybank berhampiran dengan tempat kerja aku. Jam kul 3 ptg, kelam kabut aku untuk mengambil nombor dan borang masuk cek tu. Ini boleh diklasifikasikan membuat kerja sendiri di masa bekerja atau bahasa kerasnya mengular, takpe bukan buat selalu ini kecemasan.

Dengan tenang aku memasuki maybank dekat sri gombak ni, konsep maybank kat sini menggunakan konsep penahanan sebelum memasuki bank. Anda akan berjumpa dengan satu pegawai bank yang akan tanya apa urusan anda di bank dan menghulurkan borang yang di perlukan, isi borang, baru boleh minta nombor giliran, dengan muka macam orang tengah menahan berak.

Takpe, aku faham ia untuk memastikan perjalanan urusan bank akan di buat dengan baik. Datang la aku dengan keadaan nak cepat dan cemas sambi berkata kepada pegawai bank tu, "bang saya nak masukan cek". Abang tu tanya "cek apa? house cek ke?" nasib baik aku ni kire dah biasa masukan cek kalau tak mau aku kata, "bang sorry cek saya takde gambar umah".

Dengan tenang aku berkata "ya house cek". Dia terus hulurkan borang kepada aku, aku ambik dan bersedia untuk menulis. Masa aku duk mintak borang tu terdapat satu pak guard tengah tengok2 kire membantu perjalanan urusan di bank la. Tengah aku meraba untuk mendapatkan pen terdapat satu lagi pelanggan di belakang aku wanita berbangsa India yang meminta abang bank borang yang sama ngan aku.

Terdapat satu pen di atas meja aku pegang baru nak tulis aku letak balik pen dan keluarkan buku bank aku, maklumla aku kalau nombor2 ni susah nak ingat. Baru je aku nak ambil pen tadi, tiba tiba dengan selamba wanita tu mengambil pen di atas meja tu, dan menulis. Aku jadi pelik, aik minah ni takde perasaan ke ape?

Dah la aku dah lambat ni mengular ala swasta ni penuh tensi, kena cepat. Aku dah nak meradang aku pun kata, "sorry saya pakai pen tu dulu" pempuan tu baru nak bukak mulut tiba - tiba pak guard yang berdiri sana tadi terus sound "Melayu tak maju kalau macam ni". Aku pusing tengok pak guard tu, dalam hati dia ni cakap dengan aku ke? Aku tak pedulikan pak guard tu.

Terus aku sound minah tadi balik cakap aku pakai pen ni dulu. minah tu buat bodo je, pak guard tu berbunyi lagi, kali ni dok pegang belakang aku. "dik kalau macam ni macam mana melayu nak maju". Aku jadi runsing, apa maksud dia ni, perlu ke aku sembur dia ni. Dalam hati aku dah maki dah pakcik ni memang pundek.

Aku cakap la "ni untie datang lepas saya dia ambik pen saya, saya nak cepat ni bang, takde kena dengan melayu nak maju ke tak". Pak guard berkata "Tak dik kite ni melayu kena beralah sikit". Disebabkan hari Jumaat aku lepaskan lah pakcik ni. Sambil pusing ke pegawai bank tu dan berkata bang nak nombor. Tiada bantahan dari pegawai bank tu, dia tau aku dah berang. Aku ambik nombor dan terus masuk bank tu. Terus nombor aku di panggil, aku pergi kaunter angkat pen kat kaunter sambil tulis borang. Selesai kerja aku.

Aku keluar, sambil pakcik guard tadi tersengih sambal, berkata "ingat dik tak maju melayu kalau adik buat macam tu tadi". Aku tak paham. Aku pandang muka pakcik tu dan lalu dihadapan beliau dengan muka garang sambil berkata "FUCK U pakcik" mengangkat tangan kiri menghulurkan jari tengah. tenang je rasa bile buat macam tu.

ps: ahhhh, lega rasanya, tadi aku pergi bank nak cucuk duit pak guard tu buat buat tak nampak aku. senang hati aku.

haha.

Khamis, 16 April 2009

Perkesan

Salam,
Ahad lalu, 13 april 2009 aku dan rakan rakan perjuangan Perkesan (Persatuan Kebajikan Saviour insan Selangor) telah mengadakan majlis hi tea dan perbincangan mengenai topik Peranan Terapi Holistik dalam menangani AIDS/HIV. Perkesan adalan NGO yang mengganjurkan perubatan secara Islam. Matlamat kami untuk menubuhkan satu rehab center untuk pesakit pesakit hiv/aids untuk berubat.



Dengan menggunakan teknologi sains dan pengubatan Islam masalah hiv/aids ini dapat diselesaikan. Ini matlamat perkesan, NGO ini bukan untuk mendapatkan keuntungan, ia lebih kepada kebajikan. Masalah kami sekarang dana tidak mencukupi untuk menjalankan projek ini. Mempunyai tempat rehab yang lengkap untuk pengubatan.



Pada hari ahad lalu kami menjemput beberapa NGO lain seperti AADK, pertiwi, UNAIDS, Unicef termasuk professor dan doktor untuk menghadiri majlis hi tea ini. Ini untuk membuka peluang dan mata NGO lain memberi pandangan dan cadangan serta pertolongan. Kerja aku simple je tempatkan tetamu yang datang dan ambil gambar.



Acara di jalankan di hotel HIlton PJ, dengan sokongan syarikat yang mengawal Hilton ini mereka bersetuju untuk sponsor makan dan dewan untuk acara ini, kami amat berbesar hati. Acara dijalankan dengan baik sekali tiada rusuhan kaum tenang saja berjalan lancar hampir 70 tetamu yang hadir.



Banyak feedback yang kami perolehi acara seterusnya kami akan mengadakan seminar untuk berbincang kertas kerja dan menerima cadangan dan pandangan dari pertubuhan, NGO yang lain berkenaan penubuhan rehab center. Doakan kejayaan kami.



ps: Ah, sorry deme topik serius sikit.

hehe.

Sabtu, 11 April 2009

Gambar




Tengok gambar ni teringat dulu geng kedai amid ni penah main netball.

hehe.

Khamis, 9 April 2009

Cuci kabinet umah tu.

Salam
Semalam team bola feberet aku menang dengan tenang 3-1 dengan Liverpool em aku tak tengok live cuma tengok kat website tersenyum lebar aku. hahaha menang di anfield steady la, tetapi sedikit kekecewaan la berlaku harga rokok naik seposen, tidak cukup dengan gambar horror di kenakan charge pulak tu. damn!.

Kabinet berubah, ada banyak perubahan buat masa ni yg hangat adalah dato seri Mukhriz di lantik sebagai timbalan menteri dan khairy jamaluddin tidak dilantik, dia hanya perlu cuci kabinet umah dia je. hah macam mana tu, seronok aku mendengarnya, hahaha lawak pun ada. Ini dikatakan the power of tun.

Hah hari ni rasa bahagia je, hahaha team bola menang, orang yg tidak disukai tak terpilih, boleh dikatakan padan muka juga la. Aku tau ramai menyokong aku, ayahanda dah tak bleh backup anaknya, Ketua Pemuda = Timbalan Menteri hahah tak sama. Aku seronok takkan pihak pembangkang tak menyokong aku. Takkan menyokong mamat tu.

ps: dengar cita mamat yang letak jawatan tu kena siasat Suruhanjaya pencegahan rasuah. ala fairus tu. apa cite. jeng jeng jeng.

hahaha.

Rabu, 8 April 2009

Mini Pilihan Raya

Salam,
Keputusan pilihan raya diumumkan dengan keputusan seri. Barisan Nasional, PAS dan PKR dapat sorang satu, kalau dikire BN dan Pakatan rakyat, pakatan rakyat menang la 2 berbalas 1. Tapi pandangan mata aku kata seri entah la rasa macam tak kena je mengira pakatan rakyat dan barisan nasional. kena kira 3 parti PAS, Keadilan dan BN. Pada aku calon PKR tu tak sesuai utk disamai dengan PAS.



ps: Bukit Selambu pun bertanding sebab wakil PKR letak jawatan, apsal dengan wakil PKR ni asyik2 letak jawatan.Jangan masuk politik la kalau tak bleh tahan tekanannya.

Atau nak menuduh parti lain jugak sebab perletakan jawatan. terlalu biasa dengar.

hehehe.

Selasa, 7 April 2009

Dua bukit dan satu batang

Salam,
Masanya telah tiba untuk mengetahui siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil 3 tempat. Macam macam helah telah digunakan termasuk propaganda dan penipuan sesama sendiri. ada yang mengatakan penggunaan wang. ada yang bercerita topik yang ditentang dahulu dan sekarang menggunakannya untuk sendiri. Tak lupa penggunaan ayat suci al-quran oleh org bukan islam. gile.

Malam ni keputusan akan dikeluarkan, kedai kedai kopi, tempat lepak akan hangat bercerita tentang keputusan yang akan dikeluarkan. Alasan perlu di sediakan pabila parti yang disokong kalah sebagai dialog "kalau pakai duit boleh la", "diorang pakai undi hantu" dan bermacam la. Untuk yang menang akan kedengaran suara "aku dah kata dah" atau hanya senyum gembire.

Apa apa hal, kita lihat orang yang mengundi macam mana mereka memilih parti. buat geng geng kedai amid, aku amat berbangga kita ambik kisah pasal politik walaupun berbeza beza pendapat. Jangan bergaduh lebih lebih sudah.

ps: macam lucah pulak baca dua bukit satu batang tu.

haha.

Isnin, 6 April 2009

Jangan datang lambat dan hujan.

Salam,
Semalam hati ku remuk tengok team kegemaran aku bungkus dalam F1 race di Sepang. Sedikit kecewa kerana perlumbaan tak pun habis kerana hujan. Ni la akibat ikut sangat siaran Eropah nak tolak perlumbaan pukul 5 petang sampai 7 petang. Kononnya susah untuk orang eropah nak tengok F1 race. Chet tengok ape dah jadi? Nampaknya kereta ferrari tu tak tip top lagi, nak jugak aku email kat diorang suh hantar kat bengkel Aspa je untuk setting. Mesti laju semacam perginya.

Dengan hati bengang kekalahan dan insiden muka kuar tv aku tido, seawal pagi aku bangun menyiapkan diri terus ke tempat kerja. Kekesalan aku bukan satu malam je boleh ke dah sampai awal2 pagi ofis tak bleh bukak kunci kat satu mamat yang tak datang lagi. Aku dah start nak marah ni, tapi pikir pikir lawak pun ade. bawah ni ade la sedikit bukti kalau kalau bos nak bising aku dtg lewat pada hari ni.



ps: buat pengetahuan, kami pakai thumb print dan masa kat thumb print tu 10 minit awal.

Sial!

Bintang RTM

Salam,
Semalam aku kuar tv, bukan atas kehendak aku, mereka yang rakam live pulak tu aiseh. Sebabnya aku kuar tv RTM 2 semalam adalah untuk melihat sepupu aku buat persembahan dalam rancangan Bintang RTM. Binawe macam mane leh termasuk muka aku, chait. Bintang RTM merupakan pertandingan menyanyi yang tertua dalam sejarah Malaysia kalau di kaji pertandingan tu wujud sebelum America Idol lagi.


So pergi la aku dengan keluarga aku untuk menonton sepupu aku menyanyi, dalam hati berkata mesti dewan besar tak kan muncul muka aku dalam tv. Sekali masuk dewan aiseh, tak ramai, ramai lagi orang data program belia cheneras jaya buat pertandingan karaoke. Akibatnya duduk depan la. Dah la tak boleh ambik gambar time show, aku peduli ape, kata rebel dapat gak la snap sekeping dua gambar sepupu aku menyanyi.



Berlalu la siaran langsung Bintang RTM, tiba tiba entah mana punya hantu pengacara tu nak duduk sebelah aku, aku duduk hujung sekali, view senang nak ambik gambar katanya. Hah kuar la muka aku dalam tv siap pengacara duk bertanye soalan kat aku, jawab la aku 3 patah perkataan iaitu, 2009, lawa, ikhlas. tu la dia benda aku cakap bile di tanye mamat pengacara tu.



Sepupu aku menggunakan nama femes Tiera, pelik jugak aku sanak saudara mengenali beliau dengan Apin, org RTM suruh tukar kut. Kalau korang kenal Syoba sepupu aku tu, ha ni adik dia. Malangnya sepupu aku kalah, dari 5 peserta dua dipilih oleh juri dan satu akan ditentukan dengan sms untuk memasuki separuh akhir. Malangnya sepupu aku tidak di sukai juri so tak dapat la cuma tinggal sms sahaja, so rakyat kedai amid kalau nak tengok aku masuk tv lagi, undilah sepupu aku. haha.



ps: takpe muka kuar tv sekali sekala, ata lagi hina masuk bang bang boom.


hehe.

Khamis, 2 April 2009

Pembaharuan.

Salam,
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Nampaknya peralihan kuasa sudah berlaku dan Malaysia di nobatkan seorang lagi perdana menteri. Banyak pembaharuan akan dibawa, untuk aku kite lihat sejauh mana pembaharuan yang di buat, yang penting adakah lebih baik atau lebih buruk. Harap hari akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.Nasihat aku tak payah la pegi merusuh kerana ini kali tak kasik chance punya pada sape yang nak buat hal. Tengok dari jauh cukup.

Memang salah satu cita cita aku nak tau rahsia kerajaan, selalu aku bermimpi apakah rahsia yang di simpan kerajaan, wujudkah penyiasat seperti 007 di Malaysia dan apa status negara kita, tapi itu semua mimpi mainan tido la dikatekan.

Minggu lepas hari sabtu aku tertengok cite hindustan apa tah tajuknya, cite mengenai seorang wartawan yang telah mengambil bukti kekorupan ketua menteri di india dan mendedahkannya di dalam siaran live stesen tv nya. Ketua Menteri tidak dapat menjawab soalan soalan yang sangat bernas di tujukan dan lalu terus mencabar wartawan berkenaan untuk menjadi ketua menteri dalam satu hari.

Jadilah beliau Ketua menteri... (lepas tu aku tak tengok dah)

Sambil aku berfikir, kalau Menteri kesihatan beri jawatannya sehari dekat aku, sudah pasti aku nak tukar rupa kotak rokok, jangan bubuh gambar yang mensagat hati tu, runsing aku menengoknya tak sesuai untuk kanak kanak bawah 18 tahun.

ps: mungkin berjaya cara kementerian kesihatan bubuh gambar ngeri kat kotak tu, merunsingkan.

hehe.

Selasa, 31 Mac 2009

Sir, mouse saya tak boleh gerak.

Salam,
Dekat sini pelajar panggil aku sir, pelik jugak sir ni pangkat yang di berikan oleh permaisuri England untuk rakyat UK yang memberi jasa kepada negara. Apa salah panggil aku encik ke ape, tak berapa gemar aku mendengarnya, tapi nak buat camne terima seadanya, bukan senang nak dapat gelaran tu.

Intake baru sedang di buka untuk sekelian umat manusia di Malaysia ni untuk masuk, ramai la yang masuk untuk belajar, kursus komputer ini. Bermula la orientasi pelajar baru, mengenal isi rumah tempat belajarnya, menyesuaikan diri, mengetahui tempat untuk merokok, mengorat awek, dan juga urus niaga haram yang lain contoh Nombor ekor.

Macam macam lagak, ada yang menunjukan heronya, ada yang menyimpan karektor hero mereka, tak kurang yang berlagak seperti penjahat dalam filem2 aksi ganas 18SG. Penuh dengan rantai subang gelang sebesar badan ular sawa, bukan besar lipan dah. Dengan pemakaian ala ala boleh disengkeh oleh Polis Diraja Malaysia, seluar menyapu jalan, kolar naik ke atas, kasut berbesi di atas seperti pejuang koboi di bumi Amerika menghalau Red Indian yang dikatakan jahat di dalam filem barat.

Itu lagak warga yang baru sampai, takpe diorang tak tau lagi nasib diorang, nanti tau la tu, hehe.

Selepas sesi orientasi, sikit sikit perangai ala kelam kabut tu pun berkurangan, bermula la kelas microsoft office. Di mulakan dengan Microsoft word, pengajar nya kaweh. Penting untuk mereka menggunakan komputer, demi masa hadapan aku mengajar sepenuh hati. Ramai yang mengaku tidak pandai menggunakan komputer, ada yang kata mereka hebat, "kacang je sir" katanya, bagus macam tu kurang la beban aku.

Depan aku terdapat 15 org pelajar, bersedia untuk di ajar, bermula la aku, kunci untuk mengajar ni kena bersabar je, kalau tak reti ajar pun takpe, kunci dia sabar, dan terus bersabar. "Ok Sila tekan start, all program, microsoft office dan klik ke microsoft word" kata aku. Setelah arahan di beri bermula la celoteh yang boleh di dengari. Contoh:

1. sir, start yang mana?
2. sir, start button saya kat mana?
3. sir, sini takde microsoft word.
4. sir, sir apsal tak nampak apa ni.

hah tu beberapa contoh, banyak lagi aduan mereka, biasa kalau mula mula kelas ni, 15 orang hanya 5 org je boleh melakukan tugas dengan baik kali pertama. Memang kerja aku mengajar, pergila aku dari satu pelajar ke satu pelajar yang lain menolong mereka, jenis aku tak suke buatkan untuk mereka, diorang yg kena buat aku guide je dari jauh suh diorang buatkan.

Kalau aku tunjuk pun aku suh diorang buat balik. so dapat la aku guide mereka membuka perisian microsoft word ni. hanya seorang tertinggal, dia berkata "Sir, mouse saya tak boleh bergerak". gegas aku ke pc dia dari belakang monitor aku kate "gerakan mouse" sambil aku betulkan sambungan mouse di belakang itu.

Aku berubah melihat monitor "gerakan mouse" sekali lagi aku cakap, kenampakan kursor mouse tak bergerak lagi. Aik pelik takkan rosak, kate hatiku, tak puas hati aku, terus aku kate "tepi meh saya test", bangun la pelajar tu, dan aku ambil alih pegang je mouse terus aku menggerakannya. Celaka binatang mouse ni tak nak gerak lak, tiba tiba aku rasa lain apsal mouse ni macam leper je ni, apsal ada macam kasar kasar je rasa ni, aku tengok je, em.. cilaka, aku kena ini bukan mouse ni handphone. aku pandang pelajar tu, aku kate, "kenape tak simpan benda ni dalam poket". Satu kelas dah berderai gelak. Cilaka, mengenakan cikgu adalah satu kerjaya hina.

ps: Aku dah maafkan budak tu, sekarang dia dah berubah, dia kate takut rebah.

hehe.

Isnin, 30 Mac 2009

Earth Hour

Salam,
Apa kekecohan Earth Hour la, baru je buat, kedai amid dari dulu lagi Earth Hour tiap tiap malam Earth Hour tak kecoh pun.

ps: betul tak?

Team feberet aku bungkus

Salam,
Semalam F1 race start dengan hebat sekali, team feberet aku bungkus, terdapat team baru yang tak kurang hebatnya. Tahniah kepada team Brawn GP di labur oleh virgin dan menggunakan kuasa enjin Mercedes. Dari qualifying, team Brawn GP telah menguasai track, ye Brawn GP ni dulu team honda, baru sebulan di ambil alih oleh Brawn satu mamat lagenda pemotoran F1. Honda tarik diri kerana ekonomi meruncing dan mereka tidak mahu menanggung kos menyelenggara F1.

Terdapat peraturan baru untuk F1 tahun ini, antaranya:
1. Pertukaran aerodynamic (rear wing: sayap belakang kecil sikit dan front wing: sayap depan besar) menampakan kereta kurang lawa la: (tengok gambar bawah).



Katanya boleh mengurangkan kos dan juga menggalakan pemintasan (overtaking) waktu perlumbaan dan kereta boleh berada lebih rapat.

2. Tayar

2009 menampakan penggunaan "slick tyre" dengan tayar ni kereta akan mempunyai grip yang kuat. Tetapi kereta tidak mempunyai downforce yang kuat (akibat pengurangan aerodynamic? dan ini akan membuatkan perlumbaan F1 akan lebih menarik.

3. KERS (Kynetic Energy Recovery System)

Yang tertulis tu bukan salah satu dari sistem MLM itu KERS kegunaannya untuk membekalkan lagi kereta dengan kuasa tambahan (dalam 8o break horse power) ke dalam enjin kereta F1 ni. Dengan butang "boost button" pelumba boleh menggunakannya selama 7 saat dalam satu lap. Tak banyak kereta yang pasang lagi sistem ni.

Itu antara rules yang di highlightkan, banyak lagi peraturan yang di sediakan. tiga tu perubahan besar. Peraturan ini akan menjadikan F1 race lagi menarik dan lebih mencabar. Kita lihat team peberet aku berlumba di Sepang.

ps: Dengan perubahan peraturan F1 ni lebih semangat la untuk melihat perlumbaan F1 ni bak kate orang orang la "berubah atau rebah". hahaha.

Jumaat, 27 Mac 2009

SPMV

Salam,
Hari ni budak aku exam. Kelas senyap, semua membuat soalan dengan tenang. Tengah sibuk menjaga peperiksaan teringat waktu aku ambik peperiksaan SPMV dulu. Exam hari last kertas asas perakaunan, mata pelajaran yang amat membosankan dan amat aku benci.

Masuk la kami ke dalam dewan peperiksaan yang agak besar boleh menampung ratusan pelajar. aku duduk di belakang dan pada waktu itu tidak ramai pelajar yang ambik peperiksaan hanya 3 kelas. Banyaklah tempat kosong. Peperiksaan di mulakan, aku dah agak dah berkat kemalasan mengaji perakaunan selama 2 tahun membuahkan hasil. Memang aku tak bleh jawap satu soalan pun.

Termenung la aku mengenang nasib, membayangkan tamparan mak aku yang amat bisa tu. sambil termenung dalam 45 minit begitu aku mulai pandang kiri dan kanan aku. Aku tengok masing masing berkerut.Semua kerut mungkin tahap malas mereka sama macam aku. Aku teringatkat pesan cikgu ku, katenya "kalau tak reti buat, salin balik soalan atas kertas jawapan". Pesanan tu aku semat dalam hati selama 2 bulan sebelum hari ini, memang niat nak buat.

Aku pun start menulis soalan berikut, tiba tiba dalam kesunyian tu aku terdengar suara sayup sayup je tak kuat, "Every night in my dream, i see u, i feel u, That is how I know you go on." hah ini lagu cite titanic ni. Aku toleh kanan, memang betul minah ni tengah nyanyi, tiba tiba ade orang lain menyambung nyanyian nya, "Far across the distance and spaces between us You have come to show you go on". lupanya kawan aku yang belah kiri lak nyanyi. Aku pandang, aku dan dia tersengih.

Aku menahan gelak, gile dah budak budak ni, sedar sedar aku dan dua orang minah ni masuk chorus terus;

"Near, far,
wherever you are,
I believe that the heart does go on.

Once more, you opened the door
And you're here in my heart,
and my heart will go on and on."

Dengan kadar perlahan dan tidak tinggi suaranya. Tiba tiba cikgu jaga peperiksaan datang terus senyap kami, dewan tu besar cikgu duduk depan tidak kedengaran nyanyian lembut kami.

Tadi masa peperiksaan budak aku, aku ternyanyi lagu titanic tu.



ps: Kaweh lulus kertas asas perakaunan itu, tidak di tampar mak keh.

Hehe.

Khamis, 26 Mac 2009

Televisyen

Salam,
Semalam aku balik kerja agak lambat hampir 12 malam, sampai umah letak barang persiapan terus terkulai di depan tv baring baring merehatkan diri; dah banyak aku kecapi hari ni dah boleh mengurus negara, dalam hati ku berkata. Pantas menghidupkan tv dan melayari cenel yang disajikan, dengan bayaran rm 69.98 rangkaian agak luas untuk dipilih.

Menyusuri la aku dengan rancangan tv kadang kala rangkaian tempatan kadang kala rangkaian luar, terhibur juga hati, dengan selesa melayari tertekan la cenel tertua di malaysia RTM 1. Terkejut aku melihat orang berpeluk pelukan dan berteriak perkataan yang kurang aku fahami, dalam hati berkata ape ke benda nya yang gembire sangat ni? dan suara televisyen berbunyi;

"Bagi jawatan ketua pergerakan pemuda UMNO di menangi oleh ...."

tak sempat di umumkan jari ku tiba tiba menekan nombor 711 siaran star world, ia macam pergerakan refleks yang tak boleh di kawal, jari aku menekan sendiri tanpa berfikir dan terpapar la muka seinfield sebuah komedi yang ditunjukan secara berulang kali setiap malam menjadi sajian aku setiap hari.

Sambil menonton seinfeld aku terfikir, em... mesti mamat tu yang menang dewan bising terlalu bising untuk dia sesuai dengan dia.

Jerry Seinfeld ni orang yahudi, boikot israel on lagi ke tak ha? aiseh dah berkurangan hangatnya. Tutup lampu la menyelamatkan dunia sikit.



ps: jari kaweh tak suke politik, tak sengaja.

Haha.

Rabu, 25 Mac 2009

Transparent




Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai TKM 1 negeri Pulau Pinang. Aha, ni ape cite ni? tiba tiba letak jawatan ni? zack cuba cite skit.. kate tulus mulus dan tiada apa untuk di sorok, sesungguhnya mereka kata satu kumpulan yang telus, tulus, transparent, jujur dan benar. Tapi ape kes, kaweh tak suke perasaan keh di perkotak katikan. Pulangkan balik kepercayaan itu, kuatkan semangat pelbagaikan cara kembalikan ketelusan. Ataupun sama je dengan kumpulan sorak lain? Jangan jawap dengan pembandingkan terus cite je nape undur diri, mandat telah diberi jawatan itu untuk kamu kamu je, bukan orang lain. ter emosi pulak, biasa la kata kelab penyokong.

ps: Hijrah itu perjuangan!

haha.

Selasa, 24 Mac 2009

Negaraku

Salam,
Entri kali ni menceritakan tentang lagu negaraku. Lagu yang dinyanyikan oleh semua rakyat Malaysia masa menduduki sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Ada yang lari dari nyanyi lagu tu,tapi at least mesti la tau macam mana lirik lagunya kita rakyat Malaysia. Jangan main main ni lagu kebangsaan.

Nak di jadikan cerita terdapat sekumpulan remaja yang datang lambat ke kelas, untuk tidak di saman atau di masukan muka ke dalam surat khabar tempatan, aku menjatuhkan hukuman mudah kepada segolongan pelajar ni. Nyanyi lagu negaraku. berdiri la remaja tersebut beserta aku mendengar lagu negaraku itu, remaja itu nyanyi, aku dengar dengan teliti. ada lari lirik. hah aku kaget, pelik pun ada takpe, aku suh sorang sorang lak nyanyi, sah! lirik diorang dah ubah. unuk memastikan apa yang aku dengar ni, keluar la kertas sehelai dan aku pun terus suruh tulis lirik lagu negaraku. ini hasilnya:



Tak jelas takpe meh aku tuliskan liriknya:

"Negaraku, tanah tumpatinye darahku,
rakyat hidup bersatu dan padu,
rahmat bahgia tuha kuliakan,
raja kita selamat bertata."

Hah tengok budak ni, gile bukan penulisannya, bila di suruh nyanyi memang lirik kat atas tu la yang kuar, nak kate buta huruf tak, aisehmen apa nak jadi la. Ni bukan main main diorang takde semangat cintakan negara, lagu kebangsaan pun tak hafal, merbahaya, tu yang saman sana saman sini, memo sana memo sini. Aku cadangkan siapa tak bleh nyanyi lagu negaraku dengan betul di tangkap dan di masukan ke dalam ISA.

ps: Deme perikse la anak2, adik, anak saudara, adik ipar jiran sebelah rumah, kalau deme tak reti lagu negaraku kasik satu sengkeh.

Sabtu, 21 Mac 2009

Bob Marley


Aku suspek bob marley ni berketurunan melayu, semua rakyat malaysia terutama melayu mengenali bob marley, seperti mengenal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Jalan jalan ke pasar seni pun penuh dengan barangan bob marley, memang dah masuk dalam budaya dah ni. Kalau pegi pantai2 kat Malaysia pun lagu bob marley berkumandang di tepian pantai.. Bob Marley terlalu penting untuk orang Melayu.

Selasa, 17 Mac 2009

Bakal Doktor

Salam,
Hi entri aku yang last telah di sokong oleh Menteri Kewangan Malaysia kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menyatakan kakitangan di bidang perubatan kekurangan iaitu doktor dan nurse lelaki atau wanita. Ahad lalu aku ke mid valley untuk bekerja, ya bekerja sambilan untuk satu agensi pencari student untuk belajar doktor ke Russia. Jangan takut ini agensi real, ada pengesahan dari kerajaan.

Kerja ku mudah passing broshure kepada pengunjung yang mengunjungi ekhibition pendidikan yang di anjur oleh NAPEI. Siap dengan banner, skala saiz papan iklan katakan tak nak kepada rokok nak pasang kena pakai tangga panjang dengan gambar doktor dan jururawat pelatih.

Pembayaran yang aku dapat cukup lumayan (buat aku la), rm 400 untuk dua hari makan pagi, tengahari dan malam di sediakan sekitar restoran di mid valley. Seperti yang dinyatakan kerja aku kasik broshure, memastikan calon calon menulis borang soal selidik di atas meja yang di sediakan. Matlamatnya kami untuk mendapatkan borang kaji selidik yang penuh dengan informasi calon sebanyak mungkin - target 1000 orang.

Borang kaji selidik ni la yang di namakan (database) dalam bahasa kasar marketing pendidikan ni. Dengan database ni kite boleh menapis dan memanggil ke semua calon yang layak untuk memohon jurusan yang disediakan. Di sebabkan tapak pameran kami sudah nyatakan doktor dan jururawat, maka database kami ni macam emas. Selepas semua calon di tapis dan akan di panggil untuk temuduga, ya kursus ni leceh skit beb sebab nak hantar orang ke Russia.

Kota kami untuk kali ni hanya 20 orang, ya 20 orang sahaja. Dengan itu aku jalan kan lah tugas ku ini dengan ikhlas dan hati gembire untuk mendapatkan database dan menghabiskan broshure yang banyak ni. Senang je nak suruh orang isi database ni, suakan barangan saguhati seperti pen, hilighter, torch liight key chain itu barangan yang kami ade, beratur la yang nak menulis.

Sambil melihat adik adik menulis borang kaji selidik ni terbayang muka muka bakal doktor Malaysia ni, jangan mereka lari je bile dah jadi doktor sudah, balik balik malaysia tak cukup doktor, tak bleh. Dua hari aku menjalankan kerja, sebanyak 1200 borang kaji selidik telah dapat di sediakan. Kagum gak aku dengan performance aku ni.

SO apa jadi dengan database tu? senang je satu jabatan telemarketing akan call mereka ini dan panggil ke office kepada yang berminat la. So akan ramai la yang akan tiba dan tapis lagi. Tapi apa diorang nak buat dengan balance database tu, ha ni la yang dikatakan jual database. Database ini akan di jual kepada kolej kolej dan institusi yang lain dengan harga ribuan ringgit, ya ribuan ringgit, nak nak kalau database kelas emas ni macam yang aku kutip ni.

Macam ni la agensi buat duit, tak termasuk kepada pegawai pegawai bank dan kerajaan yang mengamalkan kegiatan ini. buat aku kerja yang dijalankan oleh agensi tu tak salah usaha sendiri untuk mendapatkan database tu tapi kalau dah senarai nama pemegang akaun bank tu haa..... tu dah tipu tu, mesti biasa la deme kena orang bank call tanya dah buat kad kredit ke belum, kalau kena macam tu terus tanya je dari mana dapat contact number akan ku gurantee gelabah la mereka itu.

Ramai gak yang menjalankan kerja kerja yang tak seberapa bagus menjual database ni. Ada yang dapat senarai nama penuh pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, pelajar yang memasuki khidmat negara dan sebagainya lah. tak di nafikan lumayan tapi kerja ini salah, melanggar peribadi orang, jangan la deme ikut.

Selesai tugas hari Isnin brother yang kasik aku kerja ini kasik la duit upah aku ni rm 550, aku cakap bang ni lebih rm 150 ni dia kate bonus la, banyak database yang korang dapat. Aku angkat tak tunggu sambil sambung "apsal tak sekali ganda terus bang" sambil gelak gaya rakus. Takpe diorang dapat RM ribu ribu lagi jual database tu, dan abang tu ajak lagi buat kerja ni di masa hadapan, hehehe rezeki.

ps: MLM pun dah start nak pusing pusing database ni berjaga jaga.

hehehe hari yang sebuk.

Jumaat, 13 Mac 2009

Junjung

Salam,
Bersekolah Rendah di Kuala Lipis adalah satu pengalaman yang amat berharga sekali bagi rakyat Kuala Lipis. Susah nak lupakan kisah menuntut sekolah rendah di sini. Aku memasuki sekolah rendah Wan Ibrahim nun bersebelahan dengan Sekolah Menengah Orang Kaya Haji batu satu.

Sekolah ini amat lagenda sekali, dipenuhi dengan cikgu cikgu yang boleh dikatakan brutal lagi hebat. Bak kata org yang seumur dengan aku kalau tak kena junjung kerusi berlari keliling sekolah atas kepala tak sah. ya aku ingin menceritakan tentang cikgu radha, guru matematik darjah enam.

Cikgu ni seorang india yang mempunyai "method" mengajar yang dinamik dan susah dijumpai berbanding dengan guru guru seperjuangannya. takkan ku lupa cara dia mendenda muridnyaa, setiap org yang tidak menghabiskan atau tak buat mahupun tertinggal kerja rumah akan di beri ajaran setimpal.

Pelajar akan disuruh berdiri atas kerusi paling kejap pun 30 minit, dan jika tidak mendapat menjawab soalannya akan kena berdiri di atas meja. Rasa macam tinggi je kedudukan belajar matematik. Paling lagenda sekali sesiapa yang tidak membuat kerjanya, mereka perlu angkat kerusi atas kepala dan berlari keliling bangunan sekolah.

Permasalahannya, bukan seorang hampir separuh kelas akan kenampakan menjunjung kerusi di atas kepala dan keliling bangunan, paling kurang 5 round. Pada aku benda ni simple je, macam jenaka je. Kami siap berlumba sapa habis dulu, dan ia bukan perkara yang bernas. Siap je berlumba encik Radha ni akan rileks je tunjuk meja, ya kami perlu menjunjung meja pula.

Ambik; main lagi dengan cikgu, angkat la kami menjunjung meja, ya memang berat meja tu kalau di junjung, kali ni tidak berlumba siap cikgu tu tunggu letak je meja, kedengaran bunyi rotan, terbaik memang terbaik. Habis masa matematik je, aku dah tak bleh menulis tangan terketar ketar, penat, tangan hilang fungsi.

Hairannya aku tak cerdik jugak matematik, maybe hentakan meja di kepala buat aku bongok matematik. Itulah cikgu Radha, banyak lagi cite legend cikgu di sekolah rendah ni, itu untuk masa lain, tapi kami dulu takde la report mak bapak sebab kalau report mungkin balik kena junjung tv plak keliling cheneras jaya.

Budak budak skang terlalu manja dan peratusan peguam di Malaysia semakin pesat jumlahnya hingga sikit hal je,"I'll see u in court!!". Aku rasa menjelang tahun 2020 makin ramai peguam dan mereka akan masuk parti politik. Aku nak start kempen baru ramaikan perkerja sektor lain selain peguam. Minta maaf Malaysia kekurangan doktor sekarang.

ps: Siapa Sekolah Rendah Wan Ibrahim ha?

Khamis, 12 Mac 2009

Buta

Salam,
Sekarang sebuk dengan isu PPSMI - Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, habis segala surat khabar, tv, dalam Malaysia ni mengggambarkan PPSMI ni. Ada yang menyokong ada yang menentang ada kata relevan ada kata mengarut. Buat aku itu bukan permasalahannya.

Yang patut di bimbangkan bukan pasal pengajian dalam bahasa Inggeris, bukan pasal cintakan bahasa melayu. Bukan bukan. Rakyat Malaysia kena buka mata nak nak yang tengah baca blog ni. Dalam ghairah orang mengdebatkan pasal isu PPSMI ni aku nak inform sikit, benda paling senang ni, ada remaja ye remaja yang tak boleh membaca.

Kalau tulis ABC tu pun tak abis, ini realiti, bukan main main, patut masalah buta huruf ni la nak kena tekankan, ni sebuk pasal PPSMI. Buta huruf kronik ni bahye, maksud aku bahasa Melayu tak tau Bahasa Inggeris tak tau termasuk bahasa India dan Cina. Totally tak reti membaca dalam 4 bahasa majoriti dalam Malaysia. WTF!

Kalau tak percaya pergi tanye ata..

Dah teruk beb, masalah ni bukan luar bandar je, ni tengah tengah Bandar ni pun ada. tak reti membaca nama pun main ingat rupa huruf je. Kebiasaan kalau dah tak reti membaca automatik tak reti menulis. yang boleh hanya menghafal.. Buat pengetahuan anda yang mengalami masalah ni kesemua bangsa terbesar di dalam Malaysia, Melayu, India dan Cina.

Aku menulis berdasarkan pengalaman aku nih. Masalah ni kritikal, harap semua mengetahuinya, cukup la pasal PPSMI tu, kurangkan politik, tekankan Satu Malaysia boleh membaca. AKu harap semua yang bace blog ni pergi check sedara mara, jiran tertangga, rakan sekerja, rakan sekolah adakah boleh membaca kalau tak bleh membaca suh la diorang tu menuntut.

ps: kaweh rasa nak hantar Memorandum la pasal Buta huruf ni, deme nak follow? agak ramai tak yang berhimpun dan menyesakkan jalan? kalau tak sesak jalan aku cancel je la, kita mesti buat sesak dengan orang ramai baru gempak, kalau tak takde yang berminat.

hehe.

Sabtu, 7 Mac 2009

Bahasa

Salam,
Entry kali ni menceritakan pasal banner, jemput tengok banner kat bawah tu;


Ada nampak tak? takpe klik besarkan tengok betul betul, tengok line bawah, pembiayaan kurus-kurus, gila! kursus kursus la bukan kurus-kurus. Aku pun selalu salah ejaan tapi kalau banner yang acara rasmi ni kena la betul betul check, tak bleh main taram je. bodoh. Benda benda macam ni la buat tempat kerja aku happy, ada aja jenaka sampingan.

ps: dengar cite Abg Ali yang buat banner ni (sila rujuk entri pertama).


hahah Ini Kerja Gile!

Khamis, 5 Mac 2009

Kerja Kuat

Salam,
Sorry kurang menulis beberapa hari ni, ni adalah akibat sebuk melampau lampau. Kerja mesti la sebuk, tapi yang sialnya kadang kadang bukan sebuk sebab kerja tapi kerana kebodohan melampau..

Semalam internet ofis aku out, tak bleh pakai. Pagi pagi sampai bos kat bawah dah memekak, "There is no internet shafik, go and check, yesterday the internet line was fine." aku jawab, "jap jap kasik aku isap rokok ni dulu". sampai la aku di office trus aku capai mouse betina aku ni dan start klik mengklik.

Komputer aku ni aku tak off, 24 hours runningnya, komputer aku yg dial dan distribute internet ke seluruh ofis ni. Kat pc ni jugak ade satu software namanya deep freeze gunanya bila tiap kali restart pc setting asal akan dikekalkan. Last time aku set internet aku tak off software deep freeze ni, dengan erti kata lain kalau restart atau shutdown semua setting internet ilang.

So bile aku klik je mouse tu aku dah start berbulu, manusia takda akal mana la yang shutdown pc ni. Aku terima bawahasanya pc ni dah shutdown, takpe mungkin blackout semalam, tapi aircond dah tahap penguin main police sentry dah ni (aircond pun tak tutup 24 jam - takpe boss aku bayar bil elektrik). Dengan yakin aku trus nengok modem dan statusnya normal.

Aku pun mengambil langkah menutup modem tu, kire macam repair takde dalam buku la ni kasi reset modem tu dan on kan balik. Dan lalu aku pun set la pc aku, buat apa yang patut namun begitu internet masih tidak dapat. Tak pe aku ni penyabar. dalam hati maki pundek nya internet line.

Tapi hati aku berdetik nak check telefon line, angkat wayar tepon dari modem dan trus cucuk kat tepon ade ringging dan boleh call lak tuh. so bukan line tepon punya hal. tiba2 bos sampai membebel lagi "lambat lagi ke siap", aku cakap "jap2". terus la aku godek modem, pc aku berulang kali, buat beberapa kali adjustment untuk setting pc aku.

Sedar sedar dah sejam aku menggodek pc dan modem tu. hati dah panas, ini masa kena call tmnet. angkat je phone, takde bunyi ape. ah sial ni mesti line tak elok je baru aku check tadi ok ni dah tak ok. lupa lupanya ada manusia duk tukar tukar line tepon, semua extension phone tak bleh pakai, siap line tepon internet pun dah dinodai.

Cukup mensagat hati, aku turun, tengok diorang buat renovation tukar2 phone, sial patut aku connect tak dapat. Aku sebuk suh diorang jangan usik line tepon internet, personally aku turun alihkan line phone yg berkenaan sambil buat di hamun oleh boss suh cepat sikit buat, ada hal penting nak pakai internet. oi penah dengar tepon pakai tepon la dol, kata hatiku.

Sejam dah berlalu, siap jugak kekeliruan line epon ni. aku naik balik dan start dial internet, sebenarnya tak yah dial skang ni auto je dial. tak dapat jugak! sial ni dah lebih dugaan memang melanda aku awal2 bulan nih, so masa untuk call tmnet. Dial la aku Tmnet dan bercakap dengan org khidmat pelanggan tu. Selalu gak aku tepon tmnet ni dah tau dah prosuder mereka.

Dia akan tanya no phone untuk internet connection, nama tuan punya akaun internet mcm tu la aku pun luahkan perasaan aku kepada khidmat pelanggan tu, dengan tenang akak khidmat pelanggan tu kata, minta maaf encik, bill internet tak bayar encik, encik kena bayar dulu baru boleh connect, aku senyap, terus gelak letak tepon, trus pegi isap rokok.

Aku dah tergelak gelak sambil isap rokok, dan boss sebuk carik aku siap je isap rokok masuk bilik bos, trus bos menunjukan belangnya sebagai boss, "shafik, don't play around, why the internet still not ok, i tell u this is very important,......" dekat 5 minit gak la aku kena sekolah, aku tenang jawap 7 perkataan je diperlukan, "sir, the internet bill not paid yet".

Bos aku kaget, dia dah terlepas banyak cakap nya antaranya kate aku makan gaji buta la pemalas la. Aku rileks je dan sambung ayat aku, "actually checking the internet line is not in my designation job, i do this for charity sir". bos senyap terus suh aku sambung kerja. Ya mereka memang ada sindrom kebodohan melampau.


ps: 3 jam aku duk repair bende yg tak masuk akal, takkan tiap kali internet takde aku nak kena check dah bayar bill ke belum? apa pandangan anda?



ni kerje gila!

Selasa, 3 Mac 2009

MLM

Salam semua, hari ni aku nak cite pasal MLM-Multi Level Marketing. MLM ni aktiviti perniagaan yang katenya kalau masuk boleh kaya. Tak kire mcm mane pun anda pasti berjaya, takde duit ini lah jalannya. kate orang la. pada aku, aku paling tak suke MLM ni biar orang jual produk macam amway tu tak menyakitkan hati. Insurans ke ataupun saham bapong - at least saham bapong ni pun terang2 menipu, semua pakat sokong.

MLM kat malaysia ni memang banyak brand, ada luxor la uptrend la omegatrend la makdianya trend la. Aku tak cakap benda ni salah di sisi undang2, aku tak cakap tak boleh berjaya, tapi cara mereka rekrut tu buat aku mual. Trademark MLM ni kalau diperhati baik2 sama je. Cara mereka mendekati anda senang, mula2 dia tanye asal mana, kerja mana, kerja apa, cerita pasal ekonomi sekarang teruk.

Bakal pelanggan yang menyokong atau memberi tanggapan negetif terhadap pekerjaan mereka akan menjadi target paling sesuai. Pekerja MLM ni dah dapat bau korang, kelemahan korang sama sama mengutuk kerja yang bayaran nye rendah. Merungut tentang pekerjaan susah dan kesempitan duit. bak kate org la dia tanye kite ni macam kite ni nak kawen dengan adik beradik dia. Interogation.

Slow slow peniaga MLM ni menyelinap masuk, mempromosi perniagaan mereka dan anda akan tenganga, itu takpe paling pantang aku mengutuk pekerjaan yang tengah aku buat skang. Kalau nak menjual pun jangan memandang hina kepada pekerjaan org rezeki bukan ko yang kasik. Dah banyak pengalaman kena caramah free MLM ni aku kena hari ni aku cite 2 kisah tentang MLM. Tiada kebaikan dalam cite ni semua keburukan MLM.

Cite pertama.

AKu kena ceramah MLM bulan lepas, ini amat sadis buat aku kena sudah sekian lama tak kena ceramah amal MLM ni kena balik semula. Aku dapat sms kawan lama ku ye kawan lama seperguruan dengan Ustaz Mat Yatim dulu masa form 1 - form 3. Beliau ajak melepak, aku terkejut, dah 6 tahun mamat ni tak melepak sama cuma dengar kabar je dari member2. Aku dengan tenang trus tanye nape nak jumpa ni MLM ke? mamat tu jawab tak... OK la aku pun confident, boleh la bersua, lagipun dah lama tak jumpa.

Tempat perjumpaan adalah di selayang dekat dengan stadium. sampai la aku sama member seperjuangan ku mat dan berjumpa member aku ni. So berborak la kami dengan riang, slow2 member dah masuk jarum, tanya pasal kerja, tanya pasal gaji jawapan ku simple; "Kerja ok cukup memuaskan, gaji boleh la idup" kalau orang kurang rapat tu la jawapan aku, kalau member lama, rapat jawapannya, "kerja ok, gaji sikit, palat". Sambung la perbualan kami, tiba2 aku rasa lain macam apsal org meja sebelah ni bawak pemplet yang sama dengan org belakang dan sama dengan org dpn ni. Babi aku dah kena. pastu seorang mamat tak tau mana asalnya trus duduk kat meja kami dan mula la dia.

Aku tak layan siap pandang tempat lain, macam2 mamat ni utarakan soalan semua jawapan salah contoh asal mana, pahang - jerantut, kerja kat mana - Bangi dan sebagainya, member aku dah tau aku dah bengang. mamat tu trus menyulakan soalan, aku dah bosan, malas nak jawab soalannya lagi, aku pusing kepala, sambil mamat tu membebel pasal MLMnya aku cakap "Mat jom balik, kite try jalan DUKE baru". mamat MLM ni terus stop cakap.

Aku dan Mat berlalu pergi, punya pedih la hati member lama buat sial MLM ni aku siap belanja meja tu hari tu makan, dengan minumam mamat MLM tu pun aku bayar, takmo aku ambik duit korang simpan untuk org lain. Selepas berlalu pergi rupanya restoran tu adalah port peniaga MLM - IO tak silap aku la namanya, macam biasa diorang tak claim diorang ni piramid system, produk yang dijual hanya untuk menutup mata dan mulut. padahal makan duit atas duit org.

Cite kedua
cite kedua ni sadis, taktik MLM ni biasa dijual kepada student, dan student tempat aku ni pun tak terlepas. Ada seorang staff tempat kerjaku ni ahli MLM tegar semalaysia- kerja dia di sini adalah untuk rekruit student untuk datang belajar kat sini. tapi hikmat bermuka muka mereka ni hebat, masa dia rekrut student kat sini dia siap ugut student lagi, kalau ko masuk kolej ni ko kena masuk luxor kalau tak loan ko tak dapat. Budak2 yang cuak lagi ketar tu pun masuk la MLM brand luxor ni. sampai la rahsia pohon cemara minah MLM ni terbongkar dan student pun tak larat dengan sifat beliau.

Student pun berjumpa lecturer yg disayangi dan mengadu, aku sengih nak tergelak pun ada, sampai begitu desperate minah MLM ni. So selepas di timbang kira kami pengajar ni suruh la student student ni menulis apa yang di lakukan minah MLM ni dan ramai la yang mengadu, seorang kate kalau tak masuk MLM tak bleh duduk hostel, ada yang kata kalau tak masuk MLM tak dapat loan, dan ada juga dipegang dan disorok kunci kereta supaya masuk MLM kalau tak, kunci kereta tidak dipulangkan, student di suruh menandatangani surat janji masuk dan pembayaran rm10.

Dan dengan tenang kami bawak student2 yang komplen ni ke balai polis, tidak guna memaki hamun minah MLM ni biarkan je dia jawab dengan polis, cukup bulan minah MLM ni dipecat. Apa nasib dia, aku pun tak tau, tapi teruk la sikap Minah MLM ni!

Sekian:

PS: Lipis Skang Brand MLM mana yang top?



hehe

Rabu, 25 Februari 2009

F1

A'salam demam F1 kembali lagi, tahun ini ia akan sampai ke Sepang International Circuit pada 3,4 dan 5 April. Sepang International Circuit ni mula beroperasi pada tahun 1999 ini dah kire 10 tahun beroperasi. Kehadiran Sepang International Circuit ni penuh dengan tanggapan, idea, andaian, kutukan, pujian dan bermacam lagi lah. Pada aku ia adalah satu benda yang positif buat bangsa dan negara nak nak dalam F1. Tak banyak negara yang layak untuk menganjur F1, skang je dah banyak paling baru singapore.

Aku tak penah pegi F1 nya perlumbaan ni. Dalam hati ni teringin sangat untuk menengok kete yang amat laju tu berlumba secara live. Macam macam halangan perlu ditempuh untuk pergi, ade duit takde masa, ada masa takde duit. Tak penah pulak orang offer aku tiket, cilaka. Bak kate member aku yang penah pegi la ke F1 nya perlumbaan ni, pengalaman dia lain macam katenya, setiap kali kete lalu telinga perit.

Em, teringin gak memeritkan telinga ni. Tak dapat di bayang oleh aku. Kalau tengok kat tv tu selalu la. Team feberet aku adalah ferrari, memang laju dan berwibawa tul team nya. Warna merah kete ferrari tu pun lain, membuatkan ia spesel. Kejuruteraan F1 ni amat lah tinggi dan kita rakyat Malaysia berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri kehebatanya. Bertuah badan beb!

F1 di Malaysia membawa jutaan ringgit ke dalam negara, tak lupa juga jutaan ringgit yang keluar. Ramai kate membazir ada yang kata untung. Sampai sudah kite tak tau untung ke rugi. Kalau di lihat logik contract F1 kat Sepang ni pun baru di renew, aku rasa ia menguntungkan. Tak kire mana pihak yang untung rakyat Malaysia sedikit sebanyak dapat keuntungan dari segi duit atau pengetahuan.

Rase aku semua org kena pikir positif tentang F1 ni, buang semua yang tak penting ambik yang positif. Serap semua kebaikan buang semua keburukan. Cukup tentang F1 di Malaysia.

ps: pacat, kalau ada tiket lebih hantar2 la kat aku.

Jumaat, 20 Februari 2009

Gary - si kambing biri biri yang seksi

A'salam dan selamat sejahtera hari ini aku nak cite kisah benar yang terjadi di taman cheneras jaya satu ketika dahulu. Post ini akan menceritakan tentang seekor kambing biri biri yang agak femes di cheneras jaya satu ketika dahulu.

Gary atau Gery adalah seekor kambing biri biri belaan yus (hero remaja cheneras jaya - remaja yang unggul lagi baik beretika dan kuat agama, contoh untuk sekelian umat remaja kat cheneras jaya tu yang makcik makcik slalu kata "cuba kamu tengok yus tu, baik, beretika, berwawasan, hensem, kuat, gagah cuba la contohi dia, ni tak duk lepak kat kedai amid tu macam kutu, tak kemana nya deme lepak kat kedai tu" ya! at least aku penah kena sound mcm tu, deme aku tak tau la. aku rasa deme tau siapakah beliau.

Pada umur aku dalam 9 ke 12 tahun kalau tak silap aku yus ni ade membela seekor kambing biri biri di namakan Gary. Mula mula aku ingat kambing ni di import terus dari new zealand, disebabkan namanya gary. Tapi tak, gary hanya seekor kambing kampung yang tak pernah naik kapal terbang. Gary muncul dalam kehidupan rakyat cheneras jaya. Kanak kanak gemberi suka memberi gary ni makan daun la, sayur la, termasuk plastik dan selipar getah. Semua rakyat cheneras jaya gembire dengan kehadiran gary, senyuman terukir, gary masih kecil, bulu pun puteh lagi dan dia di tambat.

Untuk penduduk lorong angsana, kami memang kenal rapat dengan gary ni. gary tidak bertanduk tapi kebengisan kambing ni boleh di rasai. Gary makin lama makin femes semua makcik makcik akan memanggil gary apabila terjumpa dia. makcik seronok kanak kanak seronok dan gary mendapat kepercayaan tuannya untuk membuka tambat di lehernya. so sekarang gary dah bebas berjalan ke serata taman cheneras jaya, semua gembire, gary manja katanya, gary jinak katanya, hah semua tak tau bahananya!

Melepaskan gary berjalan jalan bebas di cheneras jaya ni memang la satu idea yang tidak bernas. Gary semakin dewasa, badan pun dah besar, larinya pun dah semakin laju. Kambing ini akan berjalan dan masuk ke dalam umah orangg, ye umah kami ni terutamanya lorong angsana ini. Buat pengetahuan anda bukannya dalam laman luar ni tak ni dalam umah ya dalam umah depan tv atas karpet, dan kambing ni akan mengeluarkan najisnya betul betul depan tv tu. Ni bukan cite rekaan ni cite betul sebab aku yang slalu kena bersihkan kotoran gary ni, cilaka.

Dan banyak la cite di sekeliling taman cheneras jaya ni, ramai yang mengomel tentang perilaku songsang si gary ni. Pintu rumah perlu ditutup rapat sepanjang hari, bukak je, kambing ni muncul. Pada petang hari, perilaku gary ni akan jadi lebih menarik. Semasa kecik kami di lorong angsana selalu bermain baling selipar, galah panjang dan sebagainya, dan gary sentiasa akan cuba mencelah untuk join permainan kami. Tengah syok bermain anda akan dikejutkan dengan larian pantas sesetengah kanak kanak dan remaja akibat dikejar gary.

Kalau si Gary ni kejar je takpe dia siap sondol lagi, buat pengetahuan anda sondolan gary cukup sakit. Gary dah start mengganas, dia akan sondol sape saje yang dia rasa nak sondol, kenampakan makcik makcik dan pakcik pakcik pun dah sertai aktiviti lari pantas kanak kanak dan remaja ni. Gary juga selalu control macho depan kete yang nak melintas, dia akan berdiri sambil mengunyah daun dan cuba menyondol kereta pulak. Sungguh nakal kambing ni.

Selang beberapa minggu, kanak kanak, remaja, pakcik dan makcik dah menyampah dengan perangai si gary, tiap kali nak kuar umah kena berjaga jaga, takut disondol. ada makcik siap tergolek di sondol gary. Masa untuk membalas pula, kali ni kanak kanak, ramaja, pakcik dan makcik kelihatan bila gary menyondol ada yang dah start menyepak, sagat, sengkeh, terajang si gary ni; ini masa untuk membalas. ade yang kejar si gary ni balik, tindakan ini di sebabkan gary skang dah ade tanduk, ye gary dah tumbuh tanduk tapi tumpul la dan pendek.

Runsing orang kampung, tapi aku percaya nilai murni hidup kemasyarakatan masih ditunjukan, walaupun kambing ni kaki sondol, kadang kadang dia tersalah track dan selalu jatuh ke dalam longkang besar di serata cheneras jaya. Tetapi masyarakat cheneras jaya masih menolong untuk menaikan kembali kambing yang gagah ini. Kambing ini tidak diapakan walaupun dia telah menumpahkan beberapa darah penduduk dia tetap di tolong.

Sampai la masanya untuk gary mengundurkan diri, perangai nya menjadi jadi tidak boleh di kawal, tuannya pun sudah mula di sondol. Gary akan di sembelih, masyarakat cheneras jaya di jemput untuk menyembelih si Gary ini, Gary di sembelih, di lapah dan bulunya kalau tak silap aku di buat menjadi sweater tahan sejuk. Gary telah dimasak menjadi kari dan lauk pauk yang lain.

Aku makan sambil tersenyum, sedap daging gary ni, tak sia sia dia menyondol rakyat cheneras jaya. tiada rasa kesian, terharu ataupun sedih, aku gembire ancaman nyawa ku skang dah ade dalam perut aku, aku tak perlu tutup pagar tiap kali nak kuar umah, aku tak perlu bersihkan sisa buangan gary, tiada makcik yang perlu lari laju mengelak dari ancaman gary, aku pun boleh bermain dengan tenang, kedamaian telah pun di kembalikan Alhamdulillah.

Itu la cite serba sedikit tentang Gary - si kambing biri biri yang seksi. pada pandangan aku tak sesuai bela kambing kat taman. Tapi ia meninggalkan pengalaman dan cerita untuk dicerita, dan tiada yang cedera teruk hasil dari sondolan gary..

ps: Cite skit pengalaman deme dengan si Gary ni.

Khamis, 19 Februari 2009

Ekonomi

A'salam, apa dah jadi dengan perak ni sebenarnya? dah dah la tu. Ekonomi pun dah semakin teruk nih, first quater of 2009 pun dah dekat 10,000 org kena buang. Belum masuk bulan 4 nanti second quater of 2009, nasib sape lak yang kena buang, mungkin aku, mana tahu. Ada juga syarikat yang mengamalkan pemotongan gaji dan memotong waktu over time. Sedih mendengarnya. nak nak yang kerja dengan company luar nun.

Perak nya kes semakin menyampah aku membacanya, apa salahnya tukar topic menaikan ekonomi ke menyelamatkan duit2 ke naikan bursa malaysia ke. rasa aku tu lagi penting. pakar2 ekonomi dunia tengah pening skang, sektor perkilangan di hentam hebat, harap2 tak teruk la ekonomi untuk tahun ni.

Masalah ekonomi dunia ni disebabkan duit kertas dah tak bleh menampung duit elektronik. ramai tak bayar hutang rumah, kete dan kredit kad. Orang orang kaya pun sama merungut sebab value harta mereka turun beberapa billion, geli lak aku membaca nya. Rakyat di nasihatkan untuk berbelanja bijak dan belanja dengan hebat supaya tidak la berlaku inflasi.

Apa yang anda perlu lakukan di kala ini:

1. hidup dalam kesederhanaan.
2. berbelanja secara bijak.
3. berjimat cermat.
4. hentikan berbelanja mengarut. - jangan beli benda yang tak perlu beli
5. jangan kasik member pau rokok.
6. menggunakan perbankan islam.- ala jenis interest rate statik tu. kire kalau buat loan umah interest sama walaupun ekonomi down.

Itu la dia beberapa cadangan yang tak berapa nak bernas aku kasik. kalau sape ade cash in hand, digalakan untuk membeli umah atau tanah. It's value for money la. Sesiapa yang baru nak membuat loan2 ni digalakan untuk tidak berbuat demikian kerana interest rate tinggi skang dan ekonomi goyah seperti politik Malaysia.

Buat pekerja swasta, aku tau kepedihan hidup ni, untuk pekerja kerajaan anda selamat buat masa ini tapi mana tahu la kan, pastikan anda, ya anda! yang bekerja kerajaan tu mengundi BN. Anda Layak!

Ok cukup bebelan ekonomi ni.

ps: Oh ya ape cite cheneras jaya?

Isnin, 16 Februari 2009

Cinta yang tidak kesampaian

Salam hari ni aku akan cite pasal cinta yang tak kesampaian yang dialami aku. kisah cinta ni berlaku pada aku berumur 15 tahun. Itula pertama kali aku mengenali apa itu cinta. Gadis ini adala seorang gadis yg amat istimewa untuk aku. rupanya amatlah cantik,mukanya berseri2 penuh keayuan, bertubuh cantik, rambut yang nak dikata panjang tak lah panjang sangat nak kata pendek tak langsung, paras2 tengkuk la.

Hari hatiku berdetik untuk mengenali gadis ni, perasaan ini berlaku sebelum aku mendapat keputusan PMR aku, dengan hati berat aku tengok dari jauh awek yang aku minat hampir meninggalkan aku. Selepas ini mungkin tidak akan berjumpa lagi, perlu kah aku mengejar awek kesukaan ku ini? Itu lah yang bermain dalam fikiran
aku dari mula aku mengenali gadis hebat ni.

Aku biarkan saja peluang mengenali gadis ini dengan rapat, aku teruskan dengan perjuangan aku dalam sistem pendidikan Malaysia menyambung pelajaran ku dalam bidang vokasional. Keluar lah aku dari daerah ku dan mengaji ke daerah yang lain. Ya aku tau peluang ku untuk mengenali gadis ni hampir terkubur. Tapi aku tetap menaruh harapan kepada gadis ini.

Setelah 2 tahun bergelut dalam bidang pendidikan menengah atas di sebuah sekolah teknikal separa banduan ini, aku kembali ke daerah ku. Perasaan ku masih kuat untuk gadis istimewa ni. selama 2 tahun aku menaruh harapan terhadap gadis ini dan harap tidak di ambil org. skarang aku ade masa yang cukup untuk memikat hati gadis
tersebut. Strategi aku susun, aku bertanya kenalan rapatnya, serba sedikit sudah ku ketahui tentangnya.Yang paling menarik tarikh lahirnya sama dengan aku! hati ku berbunga bunga aku yakin gadis ini adalah untuk
aku.

Aku tau gadis ni untuk aku, cuma adakah keluargaku menerimanya? begitu banyak halangan dalam perhubungan ini. Aku tetap ingin kan dia. satu hari aku luahkan perasaan ku kepada kawan sekolah ku. segala tentang gadis ni aku ceritakan kepadanya, delima yang aku hadapi dan segalanya. kawan ku hanya berkata: "Ko ni apsal shafik dah gile ke" aku kata "tidak! ini cinta namanya". kawan aku sambung "parah dah ko ni shafik, gadis ni bukan untuk ko tak masuk akal dia hebat, ko tak hebat, ko tak setanding dengan dia.

Aku berkata: "tidak! napa ko dengki napa ko nak rosakan hajat aku yang mulia ni, aku harap ko sokong aku bukan keji aku!". hati ku panas, sedih pun ada. kawanku sambung berkata, "aku bukan nak keji ko shafik bukan nak halang percintaan ko, tapi ko tak boleh menjalinkan hubungan dengan dia, dia lain dia berbeza dengan kite" begitu kuat kawan aku menghalang percintaan ku. Aku berkata "aku tak kire aku nak juga!".

Kawan ku dah naik marah, ni soal hati jangan halang org yang sedang bercinta, kata hati ku. kawanku tidak tahan lagi lalu berkata. "nape la ko ni shafik jessica alba tu mat saleh, pelakon hebat, ko tu dah la tak berharta baru abis belajar menengah tinggi, jangan harap cik jessica nak kat ko". Akibat dari perbualan berikut, dekat seminggu aku tak bertegur sapa dengan kawan aku tu. Selepas seminggu aku sedari ade logik jugak percakapan kawan ku itu, skang aku dah insaf cik jessica pun skang dah ade anak satu, tu la cintaku yang tak kesampaian, sekian.

Sabtu, 14 Februari 2009

Mee Kari dan Screwdriver

Mee kari satu hidangan yang lazat lagi mengiurkan. hari ni tu aku pekena mee kari yang paling tak sedap yang penah aku rasa selama aku idup ni. rupanya dari luar cukup mengiurkan, rm 4.00 harganya. Perut dah lapar, memang afdal la nak mentedarah mee kari ni. makan mee kari digandingkan dengan nescafe ais memang terbaik, lagi menghadamkan perut, lepas telan lancar je semua.

So kedai yang jual mee kari ni terletak di sri gombak kedai pakcik botak (ownernye botak) ataupun kedai makcik kaya (sebab makanannya mahal dan tak sedap). aku order mee kari tu, menunggu dengan kesabaran, mula mula nescafe ais sampai, memang sedap air ni kalau minum tengahari, tunggu punya tunggu lepas 2 batang rokok baru la tiba, mesti best mee kari ni sebab mengambil masa lama untuk sampai.

Dah sampai mee kari harum baunya, ade sekerat limau nipis kat sebelah, aku angkat itu limau dan perah dalam mee kari tu, em.. baunya makin semerbak. Aku dah tak sabar nak makan, lalu aku jemput member aku "makan beb" kata aku. Member aku dok menunggu nasi ayamnya sambil kata "menunggu nasi ayam kedai ni macam menunggu kelahiran anak pertama, kena sabar." yang mampu aku buat gelak la.

Aku pun mula la upacara makan, aku kaut mee kari tu bersama kerang dengan garpu yang disediakan, bukak mulut dan masukan dalam mulut. sempat gak aku menutup mata merasa mee kari tu, pehhhh aku kunyah, pandang member aku kat depan ni dan cakap, "mee kari ni memang mee kari paling tak sedap yang pernah ku rasa dalam hidup aku ni."member aku gelak. dia tak tau nasib dia kejap lagi.

Tiba la masa untuk nasi ayam member aku tiba, sengih dia siap ade muka bongkak dan riak lagi. dia start makan selera betul aku menengok. aku dah tak selera dah makan mee kari tu aku tolak tepi minum air nescafe dan isap rokok dunhill aku. member aku makan nasi ayam dia, habis je rokok sebatang setengah member aku habis makan.

Senyum dia kekenyangan, terus capai rokoknya, dunhill jugak (kami boikot israel-tak isap marlboro dan rokok seangkatannya). Sebuk dia mengutuk pasal mee kari aku dan aku makin marah pasal mee kari tu, memang sial kedai tu dah la tak sedap mahal lak tuh. Pastu member aku panggil akak pekerja kedai tu, akak tu org indonesia, member aku kata "kak mintak screedriver" sambil tangan tunjuk kat gigi, menunjukan gigi. aku tau member aku nak pencungkil gigi.

dalam 5 minit gak la tunggu sambil berborak ngan member aku mengarut tak tentu arah datang la akak indon tu sambil tersenyum dia kata, "nah bang alatnya" sambil menghulur screwdriver philips betul2 depan muka member aku. aku dah start gelak, member aku berbulu baru nak marah akak indon tu tapi tak jadi, member aku mengerti dia orang indon tidak biasa dengan bahasa pelik org malaysia nih. aku tak salahkan akak tu. member aku senyum dan berkata "terima kasih atas kerjasama akak, saya menghargainya."

Aku ngan member aku bayar dengan hati bercampur campur ada marah, sedih, kelakar entah aku bayar dalam keaadan tersengih dan panas hati sambil berkata, "bulan depan naik umrah lagi ye kak?" akak tu pelik dan terpinga-pinga. Aku dah malas nak pegi kedai ni lagi, makanannya pepalih la tak sedap!

ps: aku teringat mee kari yang mak zack masak memang terbaik, sampai sekarang teringat lagi siap ade yang cedera mulut berdarah makan mee kari tu. Mee kari mak zack ni kalau makan sambil layan cite lenjan terbaik, dah lama tak makan, bila mak auk nak buat lagi mee kari tu zack?