Salam,
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.
Nampaknya peralihan kuasa sudah berlaku dan Malaysia di nobatkan seorang lagi perdana menteri. Banyak pembaharuan akan dibawa, untuk aku kite lihat sejauh mana pembaharuan yang di buat, yang penting adakah lebih baik atau lebih buruk. Harap hari akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.Nasihat aku tak payah la pegi merusuh kerana ini kali tak kasik chance punya pada sape yang nak buat hal. Tengok dari jauh cukup.
Memang salah satu cita cita aku nak tau rahsia kerajaan, selalu aku bermimpi apakah rahsia yang di simpan kerajaan, wujudkah penyiasat seperti 007 di Malaysia dan apa status negara kita, tapi itu semua mimpi mainan tido la dikatekan.
Minggu lepas hari sabtu aku tertengok cite hindustan apa tah tajuknya, cite mengenai seorang wartawan yang telah mengambil bukti kekorupan ketua menteri di india dan mendedahkannya di dalam siaran live stesen tv nya. Ketua Menteri tidak dapat menjawab soalan soalan yang sangat bernas di tujukan dan lalu terus mencabar wartawan berkenaan untuk menjadi ketua menteri dalam satu hari.
Jadilah beliau Ketua menteri... (lepas tu aku tak tengok dah)
Sambil aku berfikir, kalau Menteri kesihatan beri jawatannya sehari dekat aku, sudah pasti aku nak tukar rupa kotak rokok, jangan bubuh gambar yang mensagat hati tu, runsing aku menengoknya tak sesuai untuk kanak kanak bawah 18 tahun.
ps: mungkin berjaya cara kementerian kesihatan bubuh gambar ngeri kat kotak tu, merunsingkan.
hehe.
84 ULU KASAR
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar,
Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang,
tempatnya aman. Poh...
Seminggu yang lalu
1 ulasan:
tengok jer la berapa banyak pembaharuan yang di bawa, sekarang rakyat tunggu dgn tengok jerr..lagi satu bukit gantang dengan bukit selambau insyallah dalam tangan PR..batang ai tu payah sikit la..penetuan sama ada rakyat dah tolak atau tidak parti umnos ni..tunggu dan lihat bro
P/s taman cheneras jaya tada bertanding apa ap kerr..memasak ker apa ker
Catat Ulasan