Salam,
KPI atau key performance indicator adalah satu kaedah untuk menilai pekerja dalam satu agensi. Cuma baru baru ni la popular kerana kerajaan pun mahu menjalankan KPI ke atas menterinya. Buat aku ini benda kacang je, kalau buat kerja dengan betul, tiada masalah KPI tu macam isi borang nak bayar bil astro.
Semalam temujanji ku dengan Jabatan Sumber Manusia untuk KPI. Kebetulan ada PC rosak dalam biliknya, aku masuk bilik akak sumber manusia dan amat terperanjat menemui akak sumber manusia tengah tido. Nyenyak sekali, walaupun aku batuk atau menutup pintu dia masih tido. Aku bertenang, hasutan syaitan masuk, aku kuarkan telefon separa canggih aku aku angkat satu gambar.
Aku teruskan dengan memeriksa komputer, dekat 5 minit dah ni akak sumber manusia tak bangun lagi. Syaitan masuk lagi, satu gambar lagi aku angkat. Dalam hati berkata, hahaha lepas ni akak sumber manusia mesti tidak mengganggu waktu tido aku lagi. Aku berlalu pergi tinggalkan akak sumber manusia dengan tido nya.
Keluar je pintu masuk bilik aku, terus aku periksa telefon canggih itu, memang sial telefon canggih aku ni memang dah tak boleh ambik gambar, baru aku ingat semalam aku cellotape bahagian kameranya, habis gambar hebat aku, gambar yang susah nak dapat. Sial. Aku tak berpuas hati, aku perlu ambik juga gambar tu, sanggup aku pinjam kamera member aku siap test lagi, memang berfungsi.
Aku mengorak langkah, kamera di tangan, kaki laju je berjalan, kali ni memang nak ambik gambar, berdiri je depan pintu akak sumber manusia dah bangun, chait terlepas aku. Aku ketuk pintu minta masuk, dia terus tanya " Ya Shafik ada apa hal?", cover line punya pasal, " Puan saya punya interview KPI hari ni kan?". dengan tenang aku menjawab. Dia kata, " Oh saya namapak shafik sibuk so kita pospone la ya". Aku sambung, " oh ya ke, tadi saya masuk tengok puan tengah tido, saya tak nak kacau". Akak sumber manusia membisu, dia kata lagi, "kita buat hari lain la, kita postpone dulu. Aku berlalu pergi, senyum lebar, walapun tidak dapat gambar tapi akak sumber manusia sudah ditangkap oleh aku.
ps: akak tu tak sesuai kerje human resource, mungkin KPI aku tak perlu buat untuk bulan ni.
haha.
84 ULU KASAR
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar,
Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang,
tempatnya aman. Poh...
Seminggu yang lalu
4 ulasan:
sapik, aok ambik gambor orang bersilat kat cheneras. aku nak buat modal berborak dengan tok penghulu kat tempoyang
tunggu kaweh balik kampung, abang man hospital mengajar silat siap dengan gendang bagai. Naik la ke atas jumpa abang aman. jumaat malam atau sabtu malam.
KPI kat tempat aku ada tada serupa jer..aku sekarang makin tada mood nak kerja ..kalau dah cina dia takan nya tolong melayu..sakit tul jiwa..belum apa apa dah sound tahun depan tada naik gaji..harap harap tuhan perkenan la doa aku dapat kerja lain
p/s rasa nak masuk umno pun ada..tapi tegar punya pasal aku terpaksa pendam ..hehehe kalo masuk umno leh dapat kerja kerajaan ker??..hehehe
boleh try la zack masuk umno.. hahaha.
Catat Ulasan