Isnin, 25 Mei 2009

Kutu

Salam,

Kutu memang sinonim dalam kehidupan rakyat Malaysia ni, mungkin kerana budaya dan cuaca tercipta la kutu. BUkan kutu manusia tu, ini tentang kutu haiwan, yang selalu ada atas kepala dan menggatalkan kepala.

Seingat aku ancaman kutu ini berakhir apabila sudah mencecah umur 13 tahun iaitu tamat sekolah rendah. Nampaknya tanggapan aku melesit sama sekali. Pagi isnin yang mulia ini aku telah menerima satu laporan bahawanya salah sorang pelajar aku menternak kutu.

Tidak membuang masa lagi aku pun dengan perlahan melihat sarang kutu itu, ya memang sah penuh terlur telur kutu di atas kepala, aku tak nampak lak kutunya, secara tidak langsung kepala aku rasa gatal. Aku berpaling kepada kawan sebelah aku dan bertanya,
"Kutu boleh lompat berapa jauh?" Dengan tenang dia jawab, "Dalam sekaki dua, kenapa? Aku cakap dengan perlahan, "Tu sarang kutu". Kawan aku nak kepastian pergi dekat pada si penternak kutu. Dengan teliti dia menengok sarang itu, tiba tiba dia berkata dengan kadar suara yang tinggi. "Betul la banyak gile telur kutu, siap boleh nampak kutunya.


Budak pembawa kutu kemaluan, aku tepuk dahi, cukup bodoh member aku ni. Sekarang ni budak perempuan tu tengah menangis, petang ni aku akan dipanggil boss, apa aku nak jawap? Kepala dia memang ada kutu boss. Itu yang aku akan jawap. Ini semua salah kawan.

gampang.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kutu? alamak.... ujud lg ke kutu jaman skang ni... hahahaha... mangkuk tul kwn ko tuh... cian la budak si kutu...

imran30 berkata...

syafik aku nak tanya , selain mirc, mana lagi tempat nak chat..aku dah blur la..dah tak tau nak masuk mana...dulu raja juga dalam mirc, sekarang dah tak terar la..aku dah naik gila kebosanan..duk depan pc tak boleh nak chat...tolong la selamat kan aku dari mati kesepian

shafik berkata...

yahoo messenger zack.