Salam,
Hari guru pada sabtu hari tu di sambut dengan secara sederhana je dekat tempat aku. Makan makan dan tiada hadiah. Aku tak menunggu pun hadiah apatah lagi ucapan. Tapi pagi tadi hari isnin ni aku dapat hadiah. Wah terkejut gak la, dengan berdebar aku bukak hadiah tu. Sekali dapat seterika la, yang siap ada tanda harga.
Pelik tapi benar ada ke patut bagi seterika, adakah baju aku nampak sangat berkedut, dan harganya rm 29.90. Adakah ini perli atau kejujuran. Takpe semua hadiah aku terima. Cuma terpaksa diajar pasal pemberian hadiah dimana kalau kasik hadiah tu perlu la sesuai dengan tema. Sorok atau buang tanda harga.
Tapi aku dengar ade sekolah PIBG dia kasik Laptop sorang satu untuk cikgunya, time ni nak letak tanda harga besar besar pun tak apa. Em.. betul2 menghargai gurunya.
haha.
84 ULU KASAR
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar,
Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang,
tempatnya aman. Poh...
Seminggu yang lalu
3 ulasan:
hahahaha... siot punye anak murid... ko kna gosok ngan bersungguh2 baju ko mulai esok weh... lengan baju kasi tajam2... lalu seblah pn leh luka.... hahahahah
teringat pulak cikgu faridah marah aku bila aku tarik kerusi devi, sampai jatuh budak tu, nampak spander warna merah...hehehhe syafik
cikgu mustafa kamal .. tolak aku kat dinding pastu siap cek macam polis, lepas tu selamba jer dia cakap "ingat kan awak bawa rokok kat sekolah"..gampang betul..
cikgu ali tak bagi aku masuk kelas sains dia sebab aku lawan dia masa belajar
cikgu tamin paksa aku jadi pengawas sekolah menegah setia wangsa..aduh ..tapi dia memang ok dgn aku jarang marah marah..dia best
cikgu aminah asyik kaunsling aku..
hari hari jumpa aku berleter pasal rokok
cikgu paling aku sayang..CIKGU RAHAZIAH..dah la seksi kat sekolah..baik pulak tu asyik backup aku jer..nyaris jatuh cinta aku kat dia..yg paling best aku selalu makan free masuk akaun dia kat kantin sekolah..baik nya la cikgu rahaziah..i love u cikgu
heheheh
wah semua cikgu ko sebut duduk kat cheneras jaya. Mak aku memang garang, hahaha.
Catat Ulasan