Jumaat, 29 Mei 2009

Kelam Kabut

Salam,

Sawan babi, satu penyakit yang aku takut. Takut dihadapi dan takut mengadap. Mari berkongsi cerita. Sebagai seorang pengajar ni antara cabaran di hadapi adalah melayan kerenah pelajar. Macam macam kerenah, perangai remaja la katakan asyik nak "rebel" je bak kata pepatah yang di petik dari album kid rock, "Rebel Without a cause".

Aku mengajar seperti biasa penuh perhatian semua memberi tumpuan. Semua yang nak rebel telah dijinakkan. Nak rebel je aku block. So semua dalam keadaan khayal dengan pengajaran aku atau tengah mengelamun, takpe biarkan janji jangan nak rebel. Tengah asyik mengajar, tiba tiba seorang pelajar rebah.

Gedegang! Aku gegas pergi aku tengok budak tu dah menggelupor, cramp satu badan sambil kepala hentak kat lantai dengan kuat, aku tenang je, ya aku tipu, aku panik budak tu makin kuat lonjakannya. AKu panggil perutusan pengajar lain. Pakat pegang ramai ramai tidak penah aku nak tau handle budak camni.

Tangan kaki kepala semua di pegang erat, takut dia mencederakan diri, buih keluar dari mulutnya dari tisu bertukar pada kain untuk mengelap air liurnya, aku di bahagian kaki, pegang dengan erat meluruskan kakinya. Dalam kekalutan itu ada la idea idea bernas lagi haram dikeluarkan, contohnya, kasi gigit garpu la, suruh dia gengam botol air la, dan ada juga kata biarkan je dia.

Hah aku mengambil keputusan untuk biarkan dia luruskan badan kaki tangan kepala jangan kasik terhentak. Lepas dalam 15 minit berakhir la serangan. Kami dudukan dia di atas kerusi. Masa serangan berlaku pihak pejabat dah menelefon bapanya, dan dia dalam perjalanan.

Bapa si pelajar sampai, dan lihat anaknya terus tanya kabar ok ke tak. Then dia pusing kat aku sama kru penyelamat kecemasan dan kata, "Oh it's just a small matters only, if he be like this again, let him be, after awhile he will stop". Aku pandang rakan lain pelik pun ada. Kami panggil masuk bilik mesyuarat dan mula la kami menasihati bapak student tadi.

Bapaknya tak melaporkan pun masalah anaknya sebelum ini, muka bapaknya selamba macam anak dia sakit hidung tersumbat. Orang kat sini dah panik. Selepas perbincangan si bapa pun meminta maaf dan pelajar itu balik dan kesokan harinya pelajar itu masuk kelas seperti biasa. Sambil membincangkan hal pelajar berikut, aku start google penyakit sawan babi ni.

Katanya, kalau handle orang seperti ini pastikan tidak terkena air liur pesakit kerana penyakit ini boleh merebak dari air liurnya. Aku teringat terus pandang member aku, member aku terus tengok tangan dia, pandang muka aku, berlalu pergi sebelum keluar bilik dia berkata, "gampang!".

Aku tadi handle bahagian kaki, dia bahagian mulut.

haha.

Khamis, 28 Mei 2009

Rasakan

Salam,

Semalam Man u kalah berguling, padan dengan mukanya. Baru korang tau lawan barcelona tu susah. Nah rasakan, hahahahaha.

Menyamakan ronaldo dengan lionel messi serupa menyamakan si luncai dan hang tuah.

haha.

Isnin, 25 Mei 2009

Kutu

Salam,

Kutu memang sinonim dalam kehidupan rakyat Malaysia ni, mungkin kerana budaya dan cuaca tercipta la kutu. BUkan kutu manusia tu, ini tentang kutu haiwan, yang selalu ada atas kepala dan menggatalkan kepala.

Seingat aku ancaman kutu ini berakhir apabila sudah mencecah umur 13 tahun iaitu tamat sekolah rendah. Nampaknya tanggapan aku melesit sama sekali. Pagi isnin yang mulia ini aku telah menerima satu laporan bahawanya salah sorang pelajar aku menternak kutu.

Tidak membuang masa lagi aku pun dengan perlahan melihat sarang kutu itu, ya memang sah penuh terlur telur kutu di atas kepala, aku tak nampak lak kutunya, secara tidak langsung kepala aku rasa gatal. Aku berpaling kepada kawan sebelah aku dan bertanya,
"Kutu boleh lompat berapa jauh?" Dengan tenang dia jawab, "Dalam sekaki dua, kenapa? Aku cakap dengan perlahan, "Tu sarang kutu". Kawan aku nak kepastian pergi dekat pada si penternak kutu. Dengan teliti dia menengok sarang itu, tiba tiba dia berkata dengan kadar suara yang tinggi. "Betul la banyak gile telur kutu, siap boleh nampak kutunya.


Budak pembawa kutu kemaluan, aku tepuk dahi, cukup bodoh member aku ni. Sekarang ni budak perempuan tu tengah menangis, petang ni aku akan dipanggil boss, apa aku nak jawap? Kepala dia memang ada kutu boss. Itu yang aku akan jawap. Ini semua salah kawan.

gampang.

Rabu, 20 Mei 2009

Tinggal

Salam,
Pernah dengar pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama.

Tapi bile aku terpikir duduk dalam kelas ni, menengok student pergi makan, bila dah clear bilik, dengan suasana cuaca air cond yang sepoi sepoi bahasa tiup, aku tarik nafas dan berkata dalam hati, manusia tinggalkan bau sebelum meninggalkan tempat.

Cilaka, aku nak usulkan kempen memakai deodorant untuk pelajar pelajar ni.

gampang.

Isnin, 18 Mei 2009

Hari Guru

Salam,

Hari guru pada sabtu hari tu di sambut dengan secara sederhana je dekat tempat aku. Makan makan dan tiada hadiah. Aku tak menunggu pun hadiah apatah lagi ucapan. Tapi pagi tadi hari isnin ni aku dapat hadiah. Wah terkejut gak la, dengan berdebar aku bukak hadiah tu. Sekali dapat seterika la, yang siap ada tanda harga.

Pelik tapi benar ada ke patut bagi seterika, adakah baju aku nampak sangat berkedut, dan harganya rm 29.90. Adakah ini perli atau kejujuran. Takpe semua hadiah aku terima. Cuma terpaksa diajar pasal pemberian hadiah dimana kalau kasik hadiah tu perlu la sesuai dengan tema. Sorok atau buang tanda harga.

Tapi aku dengar ade sekolah PIBG dia kasik Laptop sorang satu untuk cikgunya, time ni nak letak tanda harga besar besar pun tak apa. Em.. betul2 menghargai gurunya.

haha.

Jumaat, 15 Mei 2009

Soalan dan Jawapan

Salam,

Pernah tak anda menghadapi masalah orang menjawab soalan dengan tidak tepat dan tak masuk akal langsung. Ini yang dihadapi aku setiap hari. Apabila ditanya soalan mesti jawapannya tidak kena mengena dengan soalan yang ditanya dan harap untuk orang yang bertanya paham dengan jawapan yang diberi.

Ini masalah remaja sekarang lain di tanya lain di jawap. Contoh: "Kenapa Lambat?" soalan yang amat biasa di tanya. biasa jawapan normalnya, tertinggal bas, motor pancit, terbangun lambat atau kucing saya beranak. Tapi kadang kadang jawapan yang di beri tak kena langsung.

Antara contoh: "kenapa lambat?". jawapannya "Saya lapar la". Dengan harapan org yang bertanya faham kenapa dia lambat. Soalan seterusnya, "Dah makan belum" jawapannya ringkas, "belum". SO macam mana ni apa jawapan tepat untuk soalan pertama? kalau di tulis balik ini la jawapannya. Saya datang lambat kerana saya lapar tetapi saya belum makan.

So macam mana tu? Penuh dilema itu la masalah remaja malaysia. Pelik tapi benar. Apa salah dia jawap dengan tepat tanpa membuang masa, tetapi tak, bukan lambat sebab pergi makan, cuma tiada jawapan. Tapi kasik satu sengkeh atau penampo boleh baiki ini masalah, tak percaya cuba la.

haha.

Rabu, 13 Mei 2009

KPI

Salam,
KPI atau key performance indicator adalah satu kaedah untuk menilai pekerja dalam satu agensi. Cuma baru baru ni la popular kerana kerajaan pun mahu menjalankan KPI ke atas menterinya. Buat aku ini benda kacang je, kalau buat kerja dengan betul, tiada masalah KPI tu macam isi borang nak bayar bil astro.

Semalam temujanji ku dengan Jabatan Sumber Manusia untuk KPI. Kebetulan ada PC rosak dalam biliknya, aku masuk bilik akak sumber manusia dan amat terperanjat menemui akak sumber manusia tengah tido. Nyenyak sekali, walaupun aku batuk atau menutup pintu dia masih tido. Aku bertenang, hasutan syaitan masuk, aku kuarkan telefon separa canggih aku aku angkat satu gambar.

Aku teruskan dengan memeriksa komputer, dekat 5 minit dah ni akak sumber manusia tak bangun lagi. Syaitan masuk lagi, satu gambar lagi aku angkat. Dalam hati berkata, hahaha lepas ni akak sumber manusia mesti tidak mengganggu waktu tido aku lagi. Aku berlalu pergi tinggalkan akak sumber manusia dengan tido nya.

Keluar je pintu masuk bilik aku, terus aku periksa telefon canggih itu, memang sial telefon canggih aku ni memang dah tak boleh ambik gambar, baru aku ingat semalam aku cellotape bahagian kameranya, habis gambar hebat aku, gambar yang susah nak dapat. Sial. Aku tak berpuas hati, aku perlu ambik juga gambar tu, sanggup aku pinjam kamera member aku siap test lagi, memang berfungsi.

Aku mengorak langkah, kamera di tangan, kaki laju je berjalan, kali ni memang nak ambik gambar, berdiri je depan pintu akak sumber manusia dah bangun, chait terlepas aku. Aku ketuk pintu minta masuk, dia terus tanya " Ya Shafik ada apa hal?", cover line punya pasal, " Puan saya punya interview KPI hari ni kan?". dengan tenang aku menjawab. Dia kata, " Oh saya namapak shafik sibuk so kita pospone la ya". Aku sambung, " oh ya ke, tadi saya masuk tengok puan tengah tido, saya tak nak kacau". Akak sumber manusia membisu, dia kata lagi, "kita buat hari lain la, kita postpone dulu. Aku berlalu pergi, senyum lebar, walapun tidak dapat gambar tapi akak sumber manusia sudah ditangkap oleh aku.

ps: akak tu tak sesuai kerje human resource, mungkin KPI aku tak perlu buat untuk bulan ni.

haha.

Selasa, 12 Mei 2009

Nasihat Percuma

Salam,
Kalau anda memerlukan nasihat percuma, jangan takut lagi gusar mudah je nak dapat. Nasihat ini boleh di dapati dari sekitar kuala lumpur dengan sedikit bayaran sahaja. Kebiasaannya anda tidak perlu minta nasihat, ia akan di beri secara free walaupun anda tidak memerlukan. Pergi ke satu tempat yang bernama taxi stand, tahan satu teksi dan masuk, dengan secara rasmi anda akan dinasihati.

Pemandu Teksi:"Mane dik?"
Aku:"Sri Gombak bang"

Masuk je teksi dengan secara autmatik pemandu teksi tu memulakan percakapan, belum sempat masuk gear satu lagi.

Pemandu Teksi: "Nizar MB Perak"
Aku:"mmm"
Pemandu teksi: "Abang dah agak dah, diorang tak boleh buat sesuka hati, kebenaran tu akan dibuktikan, doa orang dianiya ini akan di makbulkan."
Aku "Emm"

Masuk gear satu, jalan. Tak sampai 100 meter jalan abang tu membuka mulut.

Pemandu teksi: "Tu la dia kalau dah gile kuasa tu semua benda sanggup buat, tapi kebenaran telah ditegakan, kita perlu percayakan sistem kehakiman kita"
Aku: "Emm"

Traffic Light, celaka time time ni la nak merah.

Pemandu teksi: "Menipu ni tak ke mana, percayalah"
Aku: "em betul tu, panas hari ni yerk abang" Cuba menukar topik.
Pemandu teksi: "Tu la dia, diorang punya sebab la ni, habis semua bukit potong semua buat bangunan, panas KL ni di buatnya"

Sah pakcik ni meroyan sebab cuaca makin panas, kesian cuaca panas pun salah kan orang.

ps: Aku sampai ke pejabat sedikit lambat, mungkin sebab panas.

hehe.

Khamis, 7 Mei 2009

Lilin

Salam,
Kata orang cikgu ni bagai lilin membakar diri. Aku dah ngajar dekat 5 tahun tapi haram tak paham apa maksudnya. Pada aku ungkapan sesuai adalah cikgu hampiri sakit jantung. Akibat kesabaran yang perlu ditunjukan. Memanjang nak kena sabar tak boleh mencarut, tak boleh memukul pelajar, akibatnya jantung yang tanggung.

Sempena hari guru yang berhampiran ni, aku betul2 berharap pelajar aku kasik duit yang banyak dan harta yang banyak at least belanja la cikgu ni makan. Sesungguhnya aku bukan cikgu yang membakar diri sendiri patut pelajar yang bakar diri sendiri untuk cikgu.

Sekian.