Khamis, 26 Mac 2009

Televisyen

Salam,
Semalam aku balik kerja agak lambat hampir 12 malam, sampai umah letak barang persiapan terus terkulai di depan tv baring baring merehatkan diri; dah banyak aku kecapi hari ni dah boleh mengurus negara, dalam hati ku berkata. Pantas menghidupkan tv dan melayari cenel yang disajikan, dengan bayaran rm 69.98 rangkaian agak luas untuk dipilih.

Menyusuri la aku dengan rancangan tv kadang kala rangkaian tempatan kadang kala rangkaian luar, terhibur juga hati, dengan selesa melayari tertekan la cenel tertua di malaysia RTM 1. Terkejut aku melihat orang berpeluk pelukan dan berteriak perkataan yang kurang aku fahami, dalam hati berkata ape ke benda nya yang gembire sangat ni? dan suara televisyen berbunyi;

"Bagi jawatan ketua pergerakan pemuda UMNO di menangi oleh ...."

tak sempat di umumkan jari ku tiba tiba menekan nombor 711 siaran star world, ia macam pergerakan refleks yang tak boleh di kawal, jari aku menekan sendiri tanpa berfikir dan terpapar la muka seinfield sebuah komedi yang ditunjukan secara berulang kali setiap malam menjadi sajian aku setiap hari.

Sambil menonton seinfeld aku terfikir, em... mesti mamat tu yang menang dewan bising terlalu bising untuk dia sesuai dengan dia.

Jerry Seinfeld ni orang yahudi, boikot israel on lagi ke tak ha? aiseh dah berkurangan hangatnya. Tutup lampu la menyelamatkan dunia sikit.



ps: jari kaweh tak suke politik, tak sengaja.

Haha.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KRISIS PERLEMBAGAAN YANG PALING TERUK

Baru baru ini saya kehilangan kerja . Selepas saya hilang kerja , isteri saya dah tak hormat kat saya dah, dia buat saya macam anjing peliharaannya.
Asyik membebel sepanjang hari .

Pada satu hari saya pun bercadang nak menceraikan dia

Saya pergi menghadap bapa mertua untuk mencadangkan agar perkahwinan saya DIBUBARKAN

Malangnya bapa mertua saya tak PERKENAN

Pada keesokan harinya , isteri saya pula menghadap bapanya .Lepas itu
saya dipanggil untuk menghadap bapa mertua , kerana saya dah hilang
Majoriti sokongan AHLI RUMAH . jawatan ketua keluarga yang dipegang saya dilucutkan dan diserahkan kepada isteri saya.

Saya masih menganggap KETUA RUMAH yang sah .Mengikut Perlembagaan Rumah , seseorang KETUA RUMAH hanya boleh dilucutkan melalui undi tak percaya apabila Ahli Rumah bersidang.

Saya menyedari bahawa Ahli-Ahli Rumah saya yang terdiri daripada anak-anak saya 4 orang menyokong emaknya dan baki 3 menyokong saya.

Menyedari hakikat ini, emak saya selaku SPEAKER RUMAH telah panggil
satu sidang dan menggantung 2 orang Ahli Rumah (yang menyokong isteri saya)

Dua minggu selepas kejadian ini . Emak saya adakan Sidang Tergempar
untuk mengusulkan undi percaya terhadap saya.

Pada hari Sidang Tergempar , anak anak saya yang menyokong ibunya tidak hadir dan juga isteri saya . Mereka telah pergi ke rumah pak cik mereka untuk mendapatkan INJUKSI yang menyatakan sidang tergempar tidak sah .

Pada pukul 10pagi , saya dan emak / anak anak saya tak dibenarkan masuk ke rumah oleh saudara mara dari keluarga isteri saya .

Walau bagaimanapun kami berjaya bersidang di kebun bersebelahan rumah saya dan berjaya meluluskan usul undi percaya terhadap saya .
Dengan ini saya adalah KETUA RUMAH yang sah

Unknown berkata...

tanpa nama urut kote bg keras sikit barula bini sayang...p la umah pak ungku kt benta msti barang panjang.. selepas ini msti istri ko ajak main kt dapur..

imran30 berkata...

org umno ni dah la arah makin hilang,,ni guna pulak nama org lain untuk kepentingan tempat sendiri..bodoh sungguh..bawa bawa taubat la wehhh...