Jumaat, 13 Mac 2009

Junjung

Salam,
Bersekolah Rendah di Kuala Lipis adalah satu pengalaman yang amat berharga sekali bagi rakyat Kuala Lipis. Susah nak lupakan kisah menuntut sekolah rendah di sini. Aku memasuki sekolah rendah Wan Ibrahim nun bersebelahan dengan Sekolah Menengah Orang Kaya Haji batu satu.

Sekolah ini amat lagenda sekali, dipenuhi dengan cikgu cikgu yang boleh dikatakan brutal lagi hebat. Bak kata org yang seumur dengan aku kalau tak kena junjung kerusi berlari keliling sekolah atas kepala tak sah. ya aku ingin menceritakan tentang cikgu radha, guru matematik darjah enam.

Cikgu ni seorang india yang mempunyai "method" mengajar yang dinamik dan susah dijumpai berbanding dengan guru guru seperjuangannya. takkan ku lupa cara dia mendenda muridnyaa, setiap org yang tidak menghabiskan atau tak buat mahupun tertinggal kerja rumah akan di beri ajaran setimpal.

Pelajar akan disuruh berdiri atas kerusi paling kejap pun 30 minit, dan jika tidak mendapat menjawab soalannya akan kena berdiri di atas meja. Rasa macam tinggi je kedudukan belajar matematik. Paling lagenda sekali sesiapa yang tidak membuat kerjanya, mereka perlu angkat kerusi atas kepala dan berlari keliling bangunan sekolah.

Permasalahannya, bukan seorang hampir separuh kelas akan kenampakan menjunjung kerusi di atas kepala dan keliling bangunan, paling kurang 5 round. Pada aku benda ni simple je, macam jenaka je. Kami siap berlumba sapa habis dulu, dan ia bukan perkara yang bernas. Siap je berlumba encik Radha ni akan rileks je tunjuk meja, ya kami perlu menjunjung meja pula.

Ambik; main lagi dengan cikgu, angkat la kami menjunjung meja, ya memang berat meja tu kalau di junjung, kali ni tidak berlumba siap cikgu tu tunggu letak je meja, kedengaran bunyi rotan, terbaik memang terbaik. Habis masa matematik je, aku dah tak bleh menulis tangan terketar ketar, penat, tangan hilang fungsi.

Hairannya aku tak cerdik jugak matematik, maybe hentakan meja di kepala buat aku bongok matematik. Itulah cikgu Radha, banyak lagi cite legend cikgu di sekolah rendah ni, itu untuk masa lain, tapi kami dulu takde la report mak bapak sebab kalau report mungkin balik kena junjung tv plak keliling cheneras jaya.

Budak budak skang terlalu manja dan peratusan peguam di Malaysia semakin pesat jumlahnya hingga sikit hal je,"I'll see u in court!!". Aku rasa menjelang tahun 2020 makin ramai peguam dan mereka akan masuk parti politik. Aku nak start kempen baru ramaikan perkerja sektor lain selain peguam. Minta maaf Malaysia kekurangan doktor sekarang.

ps: Siapa Sekolah Rendah Wan Ibrahim ha?

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokong...doktor mmg kurang...nk pg spital je dorg ckp doktor sebuk la pe la...perlu kn lebih doktor,,

Tanpa Nama berkata...

mslah zman skang orng xnk jd dktor sbbb kerja dia ssh x macm dlu... trlalu byk tkanan... lbh lg jk lbat kmatian ... siap sedia mgkn disman atas sbab cuai atau apapn... mcm ckgu jgak kna saman aje... kalu lu prasan org kya pn xnak ank jd doktor...

Tanpa Nama berkata...

aku org pertama pakai seluar sekolah panjang , masa kat sekolah rendah clliford..guru besar masa tu nama dia petrick fernandos..masa perbarisan aku sorang jer pakai seluar panjang..pecah tradisi sekolah tu..patrick fenandos siap panggil mak aku datang sekolah nak sound mak aku sebab undang2 sekolah tak boleh kena pakai seluar pendek..tapi mak aku lawan dan bawa hal ni kepada jabatan pelajaran..lepas tu aku di benar kan terus pakai seluar panjang...lepas tu ramai mula pakai seluar panjang..aku pecah tradisi sekolah tu..hahahah bangga juga la aku ..hheheh


p/s...aku punya pc kat pejabat yak bole tulis komen la..balik balik tulis page cannot found

Tanpa Nama berkata...

shafik ko kene promo kuat blog ni.... aku tgk suram jer...

Tanpa Nama berkata...

hahaha... aku skolah clifford... dr skolah rendah smpai menengah... aku xsempat rasenye ngan patrick fernandos tu

Shafik berkata...

Nanti sabar encik black sun, nanti2 promonye. Sebuk bertimpa timpa ni.

Tanpa Nama berkata...

aku sekolah wan Ibrahim darjah 2-6. seronok sebab masa darjah 2-4, ramai kakak2 nak jadikan aku adik angkat. Biasalah muka jambu. Nasib baik tak sunat lagi, kalau tak boleh buat sugar mammy, hahaha

shafik berkata...

terbaik!