Mee kari satu hidangan yang lazat lagi mengiurkan. hari ni tu aku pekena mee kari yang paling tak sedap yang penah aku rasa selama aku idup ni. rupanya dari luar cukup mengiurkan, rm 4.00 harganya. Perut dah lapar, memang afdal la nak mentedarah mee kari ni. makan mee kari digandingkan dengan nescafe ais memang terbaik, lagi menghadamkan perut, lepas telan lancar je semua.
So kedai yang jual mee kari ni terletak di sri gombak kedai pakcik botak (ownernye botak) ataupun kedai makcik kaya (sebab makanannya mahal dan tak sedap). aku order mee kari tu, menunggu dengan kesabaran, mula mula nescafe ais sampai, memang sedap air ni kalau minum tengahari, tunggu punya tunggu lepas 2 batang rokok baru la tiba, mesti best mee kari ni sebab mengambil masa lama untuk sampai.
Dah sampai mee kari harum baunya, ade sekerat limau nipis kat sebelah, aku angkat itu limau dan perah dalam mee kari tu, em.. baunya makin semerbak. Aku dah tak sabar nak makan, lalu aku jemput member aku "makan beb" kata aku. Member aku dok menunggu nasi ayamnya sambil kata "menunggu nasi ayam kedai ni macam menunggu kelahiran anak pertama, kena sabar." yang mampu aku buat gelak la.
Aku pun mula la upacara makan, aku kaut mee kari tu bersama kerang dengan garpu yang disediakan, bukak mulut dan masukan dalam mulut. sempat gak aku menutup mata merasa mee kari tu, pehhhh aku kunyah, pandang member aku kat depan ni dan cakap, "mee kari ni memang mee kari paling tak sedap yang pernah ku rasa dalam hidup aku ni."member aku gelak. dia tak tau nasib dia kejap lagi.
Tiba la masa untuk nasi ayam member aku tiba, sengih dia siap ade muka bongkak dan riak lagi. dia start makan selera betul aku menengok. aku dah tak selera dah makan mee kari tu aku tolak tepi minum air nescafe dan isap rokok dunhill aku. member aku makan nasi ayam dia, habis je rokok sebatang setengah member aku habis makan.
Senyum dia kekenyangan, terus capai rokoknya, dunhill jugak (kami boikot israel-tak isap marlboro dan rokok seangkatannya). Sebuk dia mengutuk pasal mee kari aku dan aku makin marah pasal mee kari tu, memang sial kedai tu dah la tak sedap mahal lak tuh. Pastu member aku panggil akak pekerja kedai tu, akak tu org indonesia, member aku kata "kak mintak screedriver" sambil tangan tunjuk kat gigi, menunjukan gigi. aku tau member aku nak pencungkil gigi.
dalam 5 minit gak la tunggu sambil berborak ngan member aku mengarut tak tentu arah datang la akak indon tu sambil tersenyum dia kata, "nah bang alatnya" sambil menghulur screwdriver philips betul2 depan muka member aku. aku dah start gelak, member aku berbulu baru nak marah akak indon tu tapi tak jadi, member aku mengerti dia orang indon tidak biasa dengan bahasa pelik org malaysia nih. aku tak salahkan akak tu. member aku senyum dan berkata "terima kasih atas kerjasama akak, saya menghargainya."
Aku ngan member aku bayar dengan hati bercampur campur ada marah, sedih, kelakar entah aku bayar dalam keaadan tersengih dan panas hati sambil berkata, "bulan depan naik umrah lagi ye kak?" akak tu pelik dan terpinga-pinga. Aku dah malas nak pegi kedai ni lagi, makanannya pepalih la tak sedap!
ps: aku teringat mee kari yang mak zack masak memang terbaik, sampai sekarang teringat lagi siap ade yang cedera mulut berdarah makan mee kari tu. Mee kari mak zack ni kalau makan sambil layan cite lenjan terbaik, dah lama tak makan, bila mak auk nak buat lagi mee kari tu zack?
84 ULU KASAR
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar,
Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang,
tempatnya aman. Poh...
Seminggu yang lalu
10 ulasan:
lu melantak mmg no 1... krja mlas gler ha ha ha ha
gua nak cerita cinta lu nie sapek, cinta di pertengahan jalan.
btoi ata.da lme xdgr cite cnta sapik.
sapik ko cte ksh cinta ata dl...pas2 br ko pnye....
bosan aku dgr citer bodo ko ni. kembalikan zackkkk.
duit belia pun tak terbela lg ko nak meraban ntahape2
Gua kerja setengah nak mati kat sini, hari2 berperang dengan bangsa lain, mane ade malas, bekerja kuat ni.
nanti insyallah raya aku buat kan untuk kengkawan..masa ni payah la sikit..tapi kalau nak makan juga kena la suruh amir gemuk belanja, takan la cikgu merangkap ketua belia tada duit kot..heheheh..
p/s syafik awek indonesia tu cun ker??
awek indonesia tu biasa biasa saja zack.
ko reti masak ke zack? berani ke ko suruh mak ko masak mee kari?
Catat Ulasan