Jumaat, 20 Februari 2009

Gary - si kambing biri biri yang seksi

A'salam dan selamat sejahtera hari ini aku nak cite kisah benar yang terjadi di taman cheneras jaya satu ketika dahulu. Post ini akan menceritakan tentang seekor kambing biri biri yang agak femes di cheneras jaya satu ketika dahulu.

Gary atau Gery adalah seekor kambing biri biri belaan yus (hero remaja cheneras jaya - remaja yang unggul lagi baik beretika dan kuat agama, contoh untuk sekelian umat remaja kat cheneras jaya tu yang makcik makcik slalu kata "cuba kamu tengok yus tu, baik, beretika, berwawasan, hensem, kuat, gagah cuba la contohi dia, ni tak duk lepak kat kedai amid tu macam kutu, tak kemana nya deme lepak kat kedai tu" ya! at least aku penah kena sound mcm tu, deme aku tak tau la. aku rasa deme tau siapakah beliau.

Pada umur aku dalam 9 ke 12 tahun kalau tak silap aku yus ni ade membela seekor kambing biri biri di namakan Gary. Mula mula aku ingat kambing ni di import terus dari new zealand, disebabkan namanya gary. Tapi tak, gary hanya seekor kambing kampung yang tak pernah naik kapal terbang. Gary muncul dalam kehidupan rakyat cheneras jaya. Kanak kanak gemberi suka memberi gary ni makan daun la, sayur la, termasuk plastik dan selipar getah. Semua rakyat cheneras jaya gembire dengan kehadiran gary, senyuman terukir, gary masih kecil, bulu pun puteh lagi dan dia di tambat.

Untuk penduduk lorong angsana, kami memang kenal rapat dengan gary ni. gary tidak bertanduk tapi kebengisan kambing ni boleh di rasai. Gary makin lama makin femes semua makcik makcik akan memanggil gary apabila terjumpa dia. makcik seronok kanak kanak seronok dan gary mendapat kepercayaan tuannya untuk membuka tambat di lehernya. so sekarang gary dah bebas berjalan ke serata taman cheneras jaya, semua gembire, gary manja katanya, gary jinak katanya, hah semua tak tau bahananya!

Melepaskan gary berjalan jalan bebas di cheneras jaya ni memang la satu idea yang tidak bernas. Gary semakin dewasa, badan pun dah besar, larinya pun dah semakin laju. Kambing ini akan berjalan dan masuk ke dalam umah orangg, ye umah kami ni terutamanya lorong angsana ini. Buat pengetahuan anda bukannya dalam laman luar ni tak ni dalam umah ya dalam umah depan tv atas karpet, dan kambing ni akan mengeluarkan najisnya betul betul depan tv tu. Ni bukan cite rekaan ni cite betul sebab aku yang slalu kena bersihkan kotoran gary ni, cilaka.

Dan banyak la cite di sekeliling taman cheneras jaya ni, ramai yang mengomel tentang perilaku songsang si gary ni. Pintu rumah perlu ditutup rapat sepanjang hari, bukak je, kambing ni muncul. Pada petang hari, perilaku gary ni akan jadi lebih menarik. Semasa kecik kami di lorong angsana selalu bermain baling selipar, galah panjang dan sebagainya, dan gary sentiasa akan cuba mencelah untuk join permainan kami. Tengah syok bermain anda akan dikejutkan dengan larian pantas sesetengah kanak kanak dan remaja akibat dikejar gary.

Kalau si Gary ni kejar je takpe dia siap sondol lagi, buat pengetahuan anda sondolan gary cukup sakit. Gary dah start mengganas, dia akan sondol sape saje yang dia rasa nak sondol, kenampakan makcik makcik dan pakcik pakcik pun dah sertai aktiviti lari pantas kanak kanak dan remaja ni. Gary juga selalu control macho depan kete yang nak melintas, dia akan berdiri sambil mengunyah daun dan cuba menyondol kereta pulak. Sungguh nakal kambing ni.

Selang beberapa minggu, kanak kanak, remaja, pakcik dan makcik dah menyampah dengan perangai si gary, tiap kali nak kuar umah kena berjaga jaga, takut disondol. ada makcik siap tergolek di sondol gary. Masa untuk membalas pula, kali ni kanak kanak, ramaja, pakcik dan makcik kelihatan bila gary menyondol ada yang dah start menyepak, sagat, sengkeh, terajang si gary ni; ini masa untuk membalas. ade yang kejar si gary ni balik, tindakan ini di sebabkan gary skang dah ade tanduk, ye gary dah tumbuh tanduk tapi tumpul la dan pendek.

Runsing orang kampung, tapi aku percaya nilai murni hidup kemasyarakatan masih ditunjukan, walaupun kambing ni kaki sondol, kadang kadang dia tersalah track dan selalu jatuh ke dalam longkang besar di serata cheneras jaya. Tetapi masyarakat cheneras jaya masih menolong untuk menaikan kembali kambing yang gagah ini. Kambing ini tidak diapakan walaupun dia telah menumpahkan beberapa darah penduduk dia tetap di tolong.

Sampai la masanya untuk gary mengundurkan diri, perangai nya menjadi jadi tidak boleh di kawal, tuannya pun sudah mula di sondol. Gary akan di sembelih, masyarakat cheneras jaya di jemput untuk menyembelih si Gary ini, Gary di sembelih, di lapah dan bulunya kalau tak silap aku di buat menjadi sweater tahan sejuk. Gary telah dimasak menjadi kari dan lauk pauk yang lain.

Aku makan sambil tersenyum, sedap daging gary ni, tak sia sia dia menyondol rakyat cheneras jaya. tiada rasa kesian, terharu ataupun sedih, aku gembire ancaman nyawa ku skang dah ade dalam perut aku, aku tak perlu tutup pagar tiap kali nak kuar umah, aku tak perlu bersihkan sisa buangan gary, tiada makcik yang perlu lari laju mengelak dari ancaman gary, aku pun boleh bermain dengan tenang, kedamaian telah pun di kembalikan Alhamdulillah.

Itu la cite serba sedikit tentang Gary - si kambing biri biri yang seksi. pada pandangan aku tak sesuai bela kambing kat taman. Tapi ia meninggalkan pengalaman dan cerita untuk dicerita, dan tiada yang cedera teruk hasil dari sondolan gary..

ps: Cite skit pengalaman deme dengan si Gary ni.

6 ulasan:

Unknown berkata...

ko b'sukan ke sapik?hahaha.cam xcaya je

imran30 berkata...

ayah kijang berahim koko, bengang dgn aku pasal aku cakap " bodoh mana la serkup kepala kambing gary ni dgn plastik" rupa nya berahim koko yang serkup kepala gary dgn plastik, kesian aku nengok kambing tu lemas dalam pelastik..brahim koko bengang sebab kanbing gary tu sondol dia sampai jatuh..dah nama binatang ,yang dia bangang sangat pergi serkup kambing tu satu muka buat apa..kalau mati kambing tu , nak dakwa seksyen berapa? sampai la sekarang dia bengang dgn aku..semenjak kes tu dia dah tak pernah bertegur sapa dgn aku..aku buat tak tau jer..bangang betul dgn kambing pun nak gaduh..koko sungguh la ayah kijag ni..

Shafik berkata...

hehhehehe memang legend Brahim koko, pandai dia menyeksa kambing.

Tanpa Nama berkata...

Isteri Curang...3kali?!
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria. "Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?" Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni" "3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?" Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank" "Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.." "Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?" "Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.." "Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...." Tan Sri pengsan kat situ jugak... *uiikkkkkk nghahahaha :mrgreen: * -

ata berkata...

aku nak cite aok jatuh kat depan kedai lan sambil pura2 pengsan dan air mata mengalir di pipi.

Shafik berkata...

ada ke, aku jatuh?