A'salam demam F1 kembali lagi, tahun ini ia akan sampai ke Sepang International Circuit pada 3,4 dan 5 April. Sepang International Circuit ni mula beroperasi pada tahun 1999 ini dah kire 10 tahun beroperasi. Kehadiran Sepang International Circuit ni penuh dengan tanggapan, idea, andaian, kutukan, pujian dan bermacam lagi lah. Pada aku ia adalah satu benda yang positif buat bangsa dan negara nak nak dalam F1. Tak banyak negara yang layak untuk menganjur F1, skang je dah banyak paling baru singapore.
Aku tak penah pegi F1 nya perlumbaan ni. Dalam hati ni teringin sangat untuk menengok kete yang amat laju tu berlumba secara live. Macam macam halangan perlu ditempuh untuk pergi, ade duit takde masa, ada masa takde duit. Tak penah pulak orang offer aku tiket, cilaka. Bak kate member aku yang penah pegi la ke F1 nya perlumbaan ni, pengalaman dia lain macam katenya, setiap kali kete lalu telinga perit.
Em, teringin gak memeritkan telinga ni. Tak dapat di bayang oleh aku. Kalau tengok kat tv tu selalu la. Team feberet aku adalah ferrari, memang laju dan berwibawa tul team nya. Warna merah kete ferrari tu pun lain, membuatkan ia spesel. Kejuruteraan F1 ni amat lah tinggi dan kita rakyat Malaysia berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri kehebatanya. Bertuah badan beb!
F1 di Malaysia membawa jutaan ringgit ke dalam negara, tak lupa juga jutaan ringgit yang keluar. Ramai kate membazir ada yang kata untung. Sampai sudah kite tak tau untung ke rugi. Kalau di lihat logik contract F1 kat Sepang ni pun baru di renew, aku rasa ia menguntungkan. Tak kire mana pihak yang untung rakyat Malaysia sedikit sebanyak dapat keuntungan dari segi duit atau pengetahuan.
Rase aku semua org kena pikir positif tentang F1 ni, buang semua yang tak penting ambik yang positif. Serap semua kebaikan buang semua keburukan. Cukup tentang F1 di Malaysia.
ps: pacat, kalau ada tiket lebih hantar2 la kat aku.
84 ULU KASAR
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar,
Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang,
tempatnya aman. Poh...
Seminggu yang lalu
2 ulasan:
team ferari mmg best!tp x dpt dlupekan time micheal schumacher kalah ngn alonso.tgl lg 1 grand prix je beb.kt brazil dia last berlumba.power gler wlau kalah!!
aku tak paham betul la.setiap kali aku nak ulas mesti tak boleh..dia tulis kedaiamid page cannot found, pasal la jadi macam tu..teruk betul la .. masuk boleh..buat ulasan tak boleh..hari ni aku masuk boleh pulak..nanti aku masuk tak boleh la pulak..aduhh!! dah la company kedekut..masuk itu kena block, masuk ini kena block..tak guna betul...
Catat Ulasan