Salam hari ni aku akan cite pasal cinta yang tak kesampaian yang dialami aku. kisah cinta ni berlaku pada aku berumur 15 tahun. Itula pertama kali aku mengenali apa itu cinta. Gadis ini adala seorang gadis yg amat istimewa untuk aku. rupanya amatlah cantik,mukanya berseri2 penuh keayuan, bertubuh cantik, rambut yang nak dikata panjang tak lah panjang sangat nak kata pendek tak langsung, paras2 tengkuk la.
Hari hatiku berdetik untuk mengenali gadis ni, perasaan ini berlaku sebelum aku mendapat keputusan PMR aku, dengan hati berat aku tengok dari jauh awek yang aku minat hampir meninggalkan aku. Selepas ini mungkin tidak akan berjumpa lagi, perlu kah aku mengejar awek kesukaan ku ini? Itu lah yang bermain dalam fikiran
aku dari mula aku mengenali gadis hebat ni.
Aku biarkan saja peluang mengenali gadis ini dengan rapat, aku teruskan dengan perjuangan aku dalam sistem pendidikan Malaysia menyambung pelajaran ku dalam bidang vokasional. Keluar lah aku dari daerah ku dan mengaji ke daerah yang lain. Ya aku tau peluang ku untuk mengenali gadis ni hampir terkubur. Tapi aku tetap menaruh harapan kepada gadis ini.
Setelah 2 tahun bergelut dalam bidang pendidikan menengah atas di sebuah sekolah teknikal separa banduan ini, aku kembali ke daerah ku. Perasaan ku masih kuat untuk gadis istimewa ni. selama 2 tahun aku menaruh harapan terhadap gadis ini dan harap tidak di ambil org. skarang aku ade masa yang cukup untuk memikat hati gadis
tersebut. Strategi aku susun, aku bertanya kenalan rapatnya, serba sedikit sudah ku ketahui tentangnya.Yang paling menarik tarikh lahirnya sama dengan aku! hati ku berbunga bunga aku yakin gadis ini adalah untuk
aku.
Aku tau gadis ni untuk aku, cuma adakah keluargaku menerimanya? begitu banyak halangan dalam perhubungan ini. Aku tetap ingin kan dia. satu hari aku luahkan perasaan ku kepada kawan sekolah ku. segala tentang gadis ni aku ceritakan kepadanya, delima yang aku hadapi dan segalanya. kawan ku hanya berkata: "Ko ni apsal shafik dah gile ke" aku kata "tidak! ini cinta namanya". kawan aku sambung "parah dah ko ni shafik, gadis ni bukan untuk ko tak masuk akal dia hebat, ko tak hebat, ko tak setanding dengan dia.
Aku berkata: "tidak! napa ko dengki napa ko nak rosakan hajat aku yang mulia ni, aku harap ko sokong aku bukan keji aku!". hati ku panas, sedih pun ada. kawanku sambung berkata, "aku bukan nak keji ko shafik bukan nak halang percintaan ko, tapi ko tak boleh menjalinkan hubungan dengan dia, dia lain dia berbeza dengan kite" begitu kuat kawan aku menghalang percintaan ku. Aku berkata "aku tak kire aku nak juga!".
Kawan ku dah naik marah, ni soal hati jangan halang org yang sedang bercinta, kata hati ku. kawanku tidak tahan lagi lalu berkata. "nape la ko ni shafik jessica alba tu mat saleh, pelakon hebat, ko tu dah la tak berharta baru abis belajar menengah tinggi, jangan harap cik jessica nak kat ko". Akibat dari perbualan berikut, dekat seminggu aku tak bertegur sapa dengan kawan aku tu. Selepas seminggu aku sedari ade logik jugak percakapan kawan ku itu, skang aku dah insaf cik jessica pun skang dah ade anak satu, tu la cintaku yang tak kesampaian, sekian.
84 ULU KASAR
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar,
Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang,
tempatnya aman. Poh...
Seminggu yang lalu
8 ulasan:
ceh cilakak ko syafik, aku punya semangat fiiling baca cerita ko, last last merudum terus filling aku.. tu anak amid yang perempuan no 2 bongsu ko nak taruk mana, jangan habis madu sepah di buang dah la syafik..kesian amid nak bermenantu ko..heheheheh
p/s syafik ko nak buat maksiat jaga jaga sikit, kang tangkap pulak di jabatan agama lipis, jangan lupa ajak ata sekali..dia tengah sangap tu
chait mane bleh, anak amid tu untuk ata ngan abon, ata amat sesuai untuk anak amid tu abon bleh jadi pengapit. aku tak risau kalau ditangkap jabatan agama lipis kite dah ade kroni sana mie jawa. ehehe
ala sapik ngan ktorg pn nk malu2.
mcm ktorg xtau ko ad at kat anak amid 2.hahahaha
Sewaktu Kerajaan sedang tido..
Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah
dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?" Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.
Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan
adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"
Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."
Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.
Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si
ayah pula tiada di sebelah ibu.
Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu. Akhir
sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?" Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!".
Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".
Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda
mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN...... ..Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... ...... Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... ...... Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... ...... Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... ....... Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. .... .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... ......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ...... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA....... ........Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ........ semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN..... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya
dunia dan akhirat.
PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum.. ..
HANDPHONE... tandanya. ... kau jangan lari dari ku!!!!...... .aku akan cari kamu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup.....
HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!
apesal ko tak buat coverage bapak siti meninggal? siti nurhaliza kan heroin lipis korang, buah hati kesayangan penduduk, penolak chenta teruna terlajak kedai amid?
sapik apsal blog lu merapu sgt....
konsep blog ni, aku bubuh konsep merapu semua topik sapu, tapi tengah sebuk merapu. nanti2 tulis yg serius skit.
Catat Ulasan