Salam,
Hari ini hari jumaat, pepagi lagi aku dah teringat kenangan lama di sekolah separa banduan. Pada hari jumaat adalah hari yang ditunggu untuk pelajar di sekolah separa banduan ini kerana Hari Jumaat adalah hari untuk balik kampung dan jika tidak di benarkan balik kampung hari jumaat lah hari mengisi stok.
Pelajar sekolah ini menunaikan solat Jumaat di masjid ketari dengan menaiki bas sekolah yang sama standart bas Lin Siong yang buruknya boleh dipetik dari perbincangan pakcik pakcik naik bas "Bas ni dah tua dari sebelum merdeka sampai tahun 1998 masih pakai lagi."
Time Solat Jumaat semua pelajar akan berebut untuk naik bas yang pertama di mana kalau naik bas tu gaya orang merusuh di siram air. Pelajar berebut untuk cepat kerana ingin pergi ke kedai rokok untuk membeli rokok untuk minggu depan, tengok betapa business mindednya banduan banduan ni. oh jangan lupa ada yang medapatkan stok ganja sekali.
Buat aku, berebut ini memenatkan aku akan tunggu bas tu lengang dan akan naik sampai kat area masjid ketari tu baru beli rokok dalam sekotak lima. Yang turun awal tu beli rokok sekaton empat sebab tu kena cepat.
Untuk tidak di tahan oleh guru semasa balik, pelajar akan naik bas pertama, sebab kalau naik bas pertama ni tidak akan di spot check, lagi sekali seperti rusuhan menaiki bas. Ada seorang kawan aku nak cepat untuk naik bas pertama, dia akan sediakan selipar dekat dengan dia kat belakang supaya cepat sikit naik bas.
Tetapi malang memang tak berbau kalau boleh bau dah lama selamat, siap je sembahyang jumaat sampai je kat bas sekali cikgu pun dah sampai kat situ, terus terkejut dan terus buat checking badan dan ya dia kantoi rokok sekaton simpan dalam sampin warna maroon. Terus di tampar mukanya para pelajar lain yang melihat kejadian tadi terus menyorokan rokok mereka di celah celah semak dan terus naik bas.
Ramai la yang menyorokan rokok di dalam semak, pelajar yang bergasak dan berebut naik bas terus pandai beratur macam banduan. Aku relaks, tunggu lengang dua tiga trip baru aku beratur, slow slow pegi tepi semak, banyak rokok, rokok ni akan di ambil petang nanti budak akan panjat pagar dan ambil.
Tiba tiba rasa macam peluang, terus sekaton aku ambik, isap rokok free aku seminggu. Itu kita panggil rezeki, dan minggu tu cikgu tadi tak gi sembahyang Jumaat.
Haha.